
SEBELUM ini, Selangor FC pernah dikaitkan dengan perpindahan pemain Sri Pahang FC iaitu Ibrahim Manusi selepas Tok Gajah dikatakan akan menarik diri daripada Liga Super musim depan.
Namun begitu, perkhabaran baharu mengatakan yang pemain berusia 23 tahun itu mengubha haluan dengan Ibrahim akan menyertai Johor Darul Ta'zim (JDT).
Situasi tersebut memaksa Selangor untuk perlu mengubah pelan jika mereka mahu mencari pemain tengah baharu.
Beberapa nama dilihat bersesuaian untuk mengisi kekosongan tersebut.
BACA LAGI: Bukan Selangor, Patrick Vieira Sri Pahang mungkin lencong ke JDT
BACA LAGI: TFC-Selangor-Penang berebut dapatkan tandatangan Patrick Vieira versi Sri Pahang
Luciano Guaycochea
Dengan penutupan Perak FC, Selangor boleh melihat beberapa pemain berkualiti yang ada dalam skuad The Bos Gaurus supaya boleh diserap masuk menyertai kelab.
Salah satunya adalah pemain tengah dari Argentina iaitu Luciano Guaycochea. Di Perak, pemain tersebut merupakan salah seorang pemimpin penting yang menggerakan kelab itu.
Guaycochea merupakan ketua pasukan di Perak.
Malah, Guaycochea juga merupakan seorang pemain tengah yang baik. Musim ini, dia menghasilkan 11 gol daripada 20 perlawanan Liga Super dihadapinya.
Dengan pertambahan kuota pemain import Liga Super, Selangor mungkin boleh cuba mendapatkan sepupu kepada bintang Liverpool, Alexis Mac Allister ini.
Nurillo Tukhtasinov
Selain Guaycochea, Selangor juga boleh cuba untuk mendapatkan seorang lagi pemain import yang beraksi di Liga Super iaitu Nurillo Tukhtasinov.
Pemain Terengganu FC dari Uzbekistan ini merupakan nadi bahagian tengah buat kelab itu dengan dia mempunyai versatiliti kerana boleh beraksi sebagai pemain tengah menyerang dan pemain tengah (central midfielder).
Tukhtasinov sudah dua musim bersama Terengganu.
Musim ini, Tukhtasinov menghasilkan lima gol dengan dua bantuan jaringan dalam 23 penampilan Liga Super buat Terengganu. Persembahannya itu menjadikan dia antara pemain tengah yang baik dalam saingan liga.
Tukhtasinov sudah membuktikan kualitinya sebagai pemain import di Liga Super selepas dua musim bersama Terengganu. Mungkin sudah tiba masa dia menguji kebolehannya bersama Selangor?
Stuart Wilkin
Seorang lagi pemain tengah yang wajar dikejar oleh Selangor adalah bintang Sabah FC iaitu Stuart Wilkin.
Bintang Harimau Malaya itu sebelum ini sudah beberapa kali dikaitkan dengan perpindahan ke Semenanjung Malaysia dan mungkin jendela kali ini akan menyaksikan ia akan berlaku.
Wilkin (depan) merupakan bintang Harimau Malaya.
Wilkin musim ini menghasilkan 20 penampilan untuk Sabah sambil berjaya mendapatkan empat gol dan enam bantuan gol dalam saingan liga.
Pemain warisan negara tersebut mempunyai kualiti tersendiri dan jika dibawa ke Selangor, Gergasi Merah boleh menjadi lebih kuat. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram