[VIDEO] Lewandowski, Szczesny dikesan saling berbalas tumbukan ketika sesi latihan Barcelona


  • Podium
  • Ahad, 25 Mei 2025

Robert Lewandowski dan Wojciech Szczesny dilihat saling berbalas tumbukan ketika sesi latihan Barcelona.

MUSIM ini, Barcelona mengharungi kempen penuh gemilang dengan Hansi Flick berjaya merancang kejuaraan buat mereka.

Walaupun terlepas gelaran Eropah, namun Barcelona memastikan dominasi mereka di Sepanyol terus menyala apabila merangkul gelaran LaLiga serta Piala Raja Sepanyol (Copa del Rey).

Pemain-pemain seperti Lamine Yamal, Raphinha dan Dani Olmo dilihat sebagai antara kunci kejayaan kelab Catalan itu.

BACA LAGI: Pernah cetak gol lawan Barcelona, Selangor sudah jumpa pengganti Orozco

BACA LAGI: [VIDEO] Perang mulut bintang Barcelona antara 3 momen hangat kunjungan kelab Eropah ke Malaysia

Selain mereka, pemain veteran seperti Robert Lewandowski dan Wojciech Szczesny turut memainkan peranan penting dalam memasikan dominasi Barcelona.

Namun begitu, walaupun sudah juara, kelihatan ada situasi tegang berlaku di kem Barcelona melibatkan kedua-dua pemain.

Dalam satu rakaman yang tular, Szczesny dilihat menumbuk Lewandowski di mukanya hinggakan penyerang tersebut rebah di padang latihan.

Namun begitu, rakaman itu menyaksikan penyerang tersebut rebah agak lama sebelum dia bangkit semula untuk berhadapan penjaga gol tersebut.

Lewandowski kemudiannya bangun dan kembali ke Szczesny lalu membalas tumbukan semula ke arah pemain tersebut.

Menurut laporan, kedua-dua pemain tersebut bukannya terlibat dalam pertengkaran, sebaliknya sekadar bergurau sesama rakan sepasukan.

Selepas berjaya mendapatkan dua kejuaraan, para pemain dilihat bersantai walaupun ketika latihan. Namun, bila terjadi perkara sedemikian, ia membuatkan penyokong sedikit gusar jika ada insiden tidak baik menimpa pasukan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram