
SELEPAS hampa terlepasnya gelaran Liga Europa (UEL) kepada Tottenham Hotspur, Manchester United terus melakukan tindakan drastik dengan menyingkirkan lebih ramai pekerja.
Laporan di England mendapati yang kelab itu bersedia melepaskan 200 pekerja bukan dari kalangan staf bermain (non-playing staff) berkhidmat di padang latihan.
Kesemua yang terkesan dilaporkan sudah diberitahu terlebih dahulu sama ada mereka dikekalkan atau tidak.
BACA LAGI: Amorim enggan letak jawatan tapi sedia tinggalkan Man United tanpa pampasan
BACA LAGI: Garnacho merajuk, mahu tinggalkan Man United sebab cuma beraksi 20 minit dalam final Europa
Sir Jim Ratcliffe menjadi watak kepada penamatan ratusan staf di Manchester United.
Akan tetapi, beberapa staf yang terlibat dengan skuad utama United hanya diketahui nasibnya pada Jumaat kerana mereka terlibat dengan persiapan bagi perlawanan akhir UEL.
Pihak kelab tidak mahu menganggu persiapan pasukan dan kerana itu, mereka membiertahu selepas perlawanan akhir di mana United tewas 0-1.
Dilaporkan, bahagian sains sukan, perubatan dan pencari bakat akan terkesan dengan tindakan pengurusan tertinggi United ini dengan mereka mahu terus berjimat.
Pemberhentian staf yang dilakukan United ini bukanlah kali pertama dilakukan. Sebelum ini, mereka sudah melepaskan 250 pekerja yang membantu United berjimat sekitar £8 juta (RM46 juta) hingga £10 juta (RM57 juta) setahun.
Ketua pegawai eksekutif kelab, Omar Berrada memberikan gambar pada awal tahun ini yang sekitar 150 hingga 200 pekerja turut menerima nasib serupa.
Sebagai rekod, United menggaji sekitar 1,100 pekerja sebelum proses pemberhentian dilakukan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram