Kelab sahkan Rodrigo Holgado dalam proses wakili Malaysia, jurulatih sangka ia khabar angin


  • Podium
  • Sabtu, 24 Mei 2025

Holgado masih dalam proses melengkapkan kebenaran beraksi untuk Malaysia.

WALAUPUN sebelum ini sudah terdapat cakap-cakap mengenai potensi Harimau Malaya akan memperoleh penyerang warisan baharu, namun segalanya masih belum dapat disahkan.

Namun begitu, usaha tersebut masih lagi berjalan dan ia sekali gus tidak membuatkan khabar Holgado akan mewakili Malaysia satu berita palsu.

Akan tetapi, itulah yang disangkakan oleh jurulatih Holgado di kelabnya, CD America iaitu Jorge Da Silva. Pada mulanya, dia tidak menyangka berita Holgado akan bermain untuk Malaysia adalah benar.

BACA LAGI: Ada darah Malaysia menerusi nenek, Rodrigo Holgado bakal ketuai serangan HM jumpa Vietnam

BACA LAGI: Tajam depan gol berstamina 'kuda', hebatnya Rodrigo Holgado bukan biasa-biasa

Akan tetapi, segalanya berubah selepas dokumen mengenai urusan menjadikan Holgado pemain warisan negara tiba di kelab.

"Kami sebenarnya terkejut dengan berita mengenai Holgado ini. Pada mulanya, saya sangkakan ia cumalah khabar angin.

"Kemudian, dokumen rasmi sudah tiba di kelab. Akan tetapi, saya tidak pasti sama ada Holgado akan sempat menyertai skuad Malaysia atau tidak," kata Da Silva.

Walaupun sudah dipanggil oleh Peter Cklamovski untuk latihan Harimau Malaya, status Holgado masih menjadi tanda tanya sama ada urusan dokumentasi itu dapat diselesaikan mengikut masa atau tidak.

Jika berjaya, dia dijangka akan menyertai Dion Cools dan Hector Hevel sebagai pemain yang menyertai skuad kebangsaan pada fasa tiga iaitu sebelum berdepan Vietnam dalam kelayakan Piala Asia 2027. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram