
SPEKULASI mengenai pemain Sri Pahang FC, Ibrahim Manusi mengenai masa depannya masih lagi menjadi tanda tanya walaupun kedengaran sudah pasti dia akan meninggalkan kelab Pantai Timur itu.
Sebelum ini, terdapat perkhabaran mengatakan yang Ibrahim yang digelar sebagai Patrick Vieira versi Malaysia akan berhijrah ke sebuah kelab Lembah Klang.
Kelab tersebut dikatakan adalah Selangor FC yang dijangka akan mahu menguatkan bahagian tengah.
BACA LAGI: Tonggak Tok Gajah masih harapkan Sri Pahang terus beraksi dalam Liga Super
BACA LAGI: Sri Pahang antara 11 kelab dapat lesen, MFL tolak permohonan Kedah-Perak
Namun begitu, Ibrahim yang cemerlang ketika perlawanan akhir Piala Malaysia musim lalu dijangka akan melencongkan arahnya dan menuju ke Selatan Malaysia.
Pemerhati bola sepak tempatan, Zulhelmi Zainal Azam mengatakan yang Ibrahim kini dalam radar Johor Darul Ta'zim (JDT) dengan pemain itu dijangka akan bersatu dengan Arif Aiman.
Kata Zulhelmi. Ibrahim merupakan sebahagian daripada 10 pemain Sri Pahang yang sudah mempunyai kelab baharu dan bersedia untuk terus beraksi di Liga Super musim depan.
"Lawan jadi kawan, Ibrahim Manusi antara 10 pemain Sri Pahang yang dilepaskan difahamkan sudah mempunyai pasukan baru dengan urusan menandatangani kontrak juga sudah selesai beberapa hari lalu," kata Zulhelmi.
Dengan laporan tersebut, ia pastinya akan mengecewakan sesetengah penyokong Selangor yang berharapkan pemain itu akan tiba sebagai usaha menambah muka baharu menjelang musim depan.
Jika benar, Selangor perlu mendapatkan alternatif lain sama ada pemain tempatan atau import untuk menguatkan pasukan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram