
PANGGILAN skuad Harimau Malaya kali ini menyaksikan beberapa muka baharu diseru oleh Peter Cklamovski bagi menguatkan lagi barisan dalam misi mendapatkan tempat ke Piala Asia 2027.
Dengan muka-muka baharu dalam kalangan pemain muda dipanggil, Cklamovski turut membawa nama baharu dalam kalangan pemain warisan untuk menguatkan pasukan.
Antaranya adalah Gabriel Palmero. Selain Palmero, penyokong dijangka akan menyaksikan seorang pemain warisan baharu yang masih belum dinamakan.
BACA LAGI: Cklamovski sahkan Dion Cools-Hector Hevel di Fasa 3, tak sempat beraksi menentang Cape Verde
Akan tetapi, identiti bintang warisan baharu Malaysia itu sudah diketahui iaitu Rodrigo Holdago yang merupakan seorang penyerang.
Menurut pemerhati bola sepak Argentina, Cesar Luis Merlo, Holdgado yang beraksi bersama-sama CD America di Colombia akan beraksi buat Harimau Malaya buat pertama kali pada jendela bola sepak antarabangsa Jun ini.
Menurut Merlo, Holdago disambar untuk bermain bersama Harimau Malaya kerana mempunyai pertalian darah Malaysia menerusi neneknya.
Holdago akan menyertai skuad ketika Malaysia bakal berdepan Vietnam pada 10 Jun.
"Penyerang tersebut sudah dipanggil untuk menyertai skuad kebangsaan Malaysia. Dia mempunyai pertalian darah menerusi neneknya yang membolehkan dia dipanggil.
"Holdago akan turun menentang Vietnam pada 10 Jun," kata Merlo.
Menurut laporan itu, boleh dikatakan yang Merlo akan menyertai Hector Hevel dan Dion Cools yang tiba ke kem latihan skuad kebangsaan pada fasa 3.
Jika dia menyertai skuad kebangsaan pada fasa 3, Holdago akan terlepas aksi persahabatan berdepan wakil Afrika iaitu Cape Verde. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel