
MANCHESTER United terpaksa menelan hakikat apabila mereka tersungkur di halangan terakhir Liga Europa (UEL) selepas beraksi tanpa kalah di Eropah.
Kekalahan 0-1 kepada Tottenham Hotspur cukup memeritkan dengan Ruben Amorim tidak dapat mengubat duka yang kelab itu mengharungi musim terburuk dengan menduduki tempat ke-16 dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).
Namun ia tidak terhenti di situ, selepas kekalahan memilukan, terdapat seorang pemain yang kelihatan merajuk kerana tindakan pengurusnya.
BACA LAGI: Amorim enggan letak jawatan tapi sedia tinggalkan Man United tanpa pampasan
BACA LAGI: Lepas 7 bulan Ten Hag pergi, penyerang sayap Man United akhirnya kongsi pengalaman pahit
Pemain sayap, Alejandro Garnacho secara terbuka menyatakan kekecewaan selepas peranannya dalam perlawanan akhir itu begitu kecil sehingga tidak mampu mempengaruhi keputusan.
Hal ini disebabkan, Amorim hanya meletakkan Ganarcho pada 20 minit terakhir dan itu menyukarkan pemain tersebut mencipta impak buat United.
Ganarcho, yang beraksi dalam majoriti perlawanan United di Eropah, mula mempertimbang untuk meninggalkan kelab itu selepas apa Amorim lakukan kepadanya di perlawanan akhir.
"Sehingga ke perlawanan akhir, saya bermain di setiap pusingan membantu pasukan. Pada perlawanan ini, saya cuma beraksi selama 20 minit, saya tak tahu.
"Perlawanan akhir ini mempengaruhi (keputusan saya) bukan keseluruhan musim atau situasi di kelab. Saya akan menikmati cuti musim panas saya dan kita akan lihat bagaimana," ujar Garnacho.
Musim ini, Garnacho bermain sebanyak 15 kali dalam UEL sambil mencatatkan satu gol serta empat bantuan gol. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram