
REVOLUSI bola sepak Kelantan dilihat berada pada landasan yang baik dengan kelab-kelab berpangkalan di negeri itu bersedia memberikan cabaran dalam bola sepak Malaysia.
Selepas Kelantan Darul Naim FC (KDN) dilihat akan terus kekal di Liga Super, satu lagi kelab iaitu Kelantan Red Warrior (KRW) dalam usaha mempersiapkan pasukan.
Mereka yang bakal beraksi dalam Liga A1 pada musim baharu menyasarkan untuk tidak menjadi kelab belasahan.
BACA LAGI: [VIDEO] 'Kaki tak dimamah usia', skil Piya masih pikat hati penyokong Kelantan
BACA LAGI: Anak jati Kelantan boleh ikut jejak Elavarasan perkasa Kijang Emas
Nik Hafiz Naim Nik Hassan
Perkara tersebut dinyatakan oleh Presiden KRW, Nik Hafiz Naim Nik Hassan yang menyatakan komitmennya dalam membentuk skuad berkualiti dengan membawa masuk pemain import.
Memetik laporan Stadium Astro, Nik Hafiz mengatakan yang mereka sedia menggunakan semua kuota pemain import yang dibenarkan musim hadapan.
Sebagai rekod, pihak Liga Bola Sepak Amatur (AFL) membenarkan setiap kelab menggunakan tiga pemain import.
"Persiapan pasukan merangkumi pemain sudah melepasi 80 peratus dan kebanyakannya disertai anok kelate.
"Ketika sesi taklimat bersama AFL, ketua jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim, juga mahu penuhi kuota tiga pemain import," jelasnya.
Dalam masa yang sama, Nik Hafiz mengesahkan yang skuadnya akan menggunakan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu sebagai gelanggang rasmi musim depan.
KRW sekarang aktif dalam mencari penaja bagi membolehkan mereka dapat bersaing hebat dalam Liga Super.
"Buat masa sekarang, dalam proses mencari rakan kongsi dan penaja.
"Sangat besar kelegaan apabila perbadanan stadium mengesahkan kami akan menggunakan venue keramat tersebut sebagai rumah kami," ujarnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram