Dikejar 2 kelab Indonesia, ruginya Sabah FC jika kehilangan Gabriel Peres


  • Podium
  • Khamis, 22 Mei 2025

Gabriel Peres jadi rebutan dua kelab Indonesia.

MUSIM bola sepak di Malaysia sedang berehat dengan kelab-kelab semuanya sedang berusaha menyiapkan skuad bagi musim baharu.

Begitu juga dengan Sabah FC, mereka juga pasti dalam proses menyiapkan skuad untuk musim 2025/2026 selepas berjaya mendapatkan tempat ketiga dalam Liga Super.

Namun begitu, tiada cerita mengenai kemasukan pemain baharu. Sebaliknya, Sabah berkemungkinan akan kehilangan pemain kepada kelab luar negara.

BACA LAGI: [VIDEO] Dua musim bermakna bersama Sabah FC, Telmo Castanheira akhirnya tinggalkan The Rhinos

BACA LAGI: Cemerlang di Indonesia, Kim Swee lawan Bojan Hodak rebut gelaran jurulatih terbaik Liga 1

Dikhabarkan, pemain pertahanan Sang Badak, Gabriel Peres sedang dikejar oleh dua kelab Indonesia iaitu Malut United dan Persis Solo.

Kedua-dua kelab itu mempunyai cerita berbeza dalam Liga 1 Indonesia dengan Malut berada di tempat ketiga dan berpeluang untuk memintas Dewa United jika berjaya menang perlawanan terakhir liga sambil lawan mereka kecundang.

Jika menyertai Malut, Peres berpotensi untuk beraksi dalam kejohanan Asia atau Asia Tenggara kerana kelab itu berpotensi menyertai saingan Liga Cabaran AFC atau Piala Shopee sebagai wakil Indonesia.

Namun begitu, seandainya ke Persis, Peres berpeluang untuk bersatu semula dengan bekas pengendali iaitu Datuk Ong Kim Swee.

Kim Swee yang sebelum ini menyatakan kesediaannya untuk terus bersama kelab itu dilihat menjadikan tindakan mendapatkan Peres sebagai bukti kemahuannya ingin kekal.

Akan tetapi, dari sudut Sabah, mereka pastinya akan kehilangan kualiti Peres yang dianggap cukup tajam di depan gol walaupun sebagai pemain pertahanan.

Musim ini, Peres menghasilkan lima gol dan empat bantuan gol dalam 12 penampilan Liga Super buat Sabah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram