
PEMERGIAN Hector Bidoglio daripada skuad Johor Darul Ta'zim (JDT) menimbulkan persoalan, siapakah pengendali baharu kelab itu?
Sebelum ini, satu nama sering disebut-sebut akan menggantikan Bidoglio adalah bekas jurulatih kelab England, Sheffield Wednesday, Xisco Munoz.
Belum ada sebarang kata-kata rasmi daripada kelab berkenaan itu, namun Munoz dilihat sudah memberi petanda dia akan tiba di Iskandar Puteri tidak lama lagi.
BACA LAGI: Bekas pengurus Watford disebut ke JDT ganti Bidoglio lepas jodoh terlerai
Munoz pernah mengendalikan Watford dan Huesca.
Menurut Munoz, dia menyatakan yang dirinya adalah seorang yang gemarkan cabaran baharu dan tidak terkejut jika pengendali itu akan menjadi jurulatih baharu JDT.
"Saya juga seorang yang suka mengembara dan mencari cabaran baharu serta cara baharu menonton bola sepak di negara lain," ujarnya.
Munoz yang kelab terakhir diuruskannya adalah Dunajska Streda di Slovakia akan menjadikan JDT pasukan pertamanya di luar Eropah.
Sebelum ini, dia pernah menguruskan kelab seperti Watford dengan membantu mereka naik ke saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada 2021 selain mengendalikan Huesca (2022) di Sepanyol.
Terdapat laporan mengatakan hubungan baik antara Munoz dengan Ketua Pegawai Eksekutif JDT, Luis Garcia membuatkan namanya begitu hampir untuk mengendalikan Arif Aiman dan rakan-rakan.
Walaupun pertama kali di Asia, namun Munoz dijangka tiada masalah untuk menyesuaikan diri kerana terdapat beberapa pemain Sepanyol di kelab seperti Juan Muniz, Samu Castillejo dan Oscar Arribas. — The Star/T. AVINESHWARAN
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram