‘Liga akan mati? Insya-ALLAH tidak’, Annuar Musa janjikan kejutan, tak benarkan Kelantan jadi kelab belasahan


  • Podium
  • Rabu, 21 Mei 2025

Annuar Musa janjikan lebih banyak kejutan menanti untuk skuad Kelantan Darul Naim.

BEKAS Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berpendapat yang Liga Malaysia tidak akan mati seperti yang ramai jangka akan berlaku.

Bercakap di media sosialnya, Annuar berkata Liga Super akan terus 'bernyawa' dengan pasukan perlu berbelanja secara berhemah untuk mengelakkan isu kewangan.

Sebelum ini, pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengatakan yang Liga Malaysia akan terus ada walaupun pelbagai kelab mula menarik diri.

BACA LAGI: Bukan setakat lantik jurulatih baharu, Akmal Rizal nasihat KDN peka isu kewangan

BACA LAGI: Di sebalik revolusi, KDN mesti ada keunikan tersendiri, baru boleh fans lupakan TRW

"Liga akan mati? Insya-ALLAH tidak.

"Kita harus berikhtiar. Usah menuding jari. Semua pihak sudah menyumbang," kata Annuar.

Dalam masa yang sama, dia turut menjanjikan lebih banyak kejutan akan berlaku dalam skuad Kelantan Darul Naim FC (KDN) musim hadapan dengan Annuar tidak mahu melihat kelab itu terus menjadi pasukan belasahan.

"Kelantan akan bersaing di Liga Super Insya-ALLAH. Kita urus cara kita, serta belajar dari kelemahan masa lalu.

"Yang pasti, ada banyak kejutan bakal muncul. Insya-ALLAH kita tidak benarkan pasukan Kelantan jadi belasahan lagi.

"(Dengan) satu syarat, bersatu hati dan bersedia berkhidmat, demi sukan, demi Kelantan dan bola sepak negara," jelas Annuar.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebookInstagramWhatsApp Channel