
TEMPOHNYA bersama Selangor FC mungkin tidak berakhir seperti yang diharapkan, namun begitu 'saham' Ronnie Fernandez masih tinggi.
Pemain berusia 34 tahun itu kini menjadi buruan kelab di negara asalnya iaitu Chile dengan sebuah kelab segera untuk masuk mendapatkan khidmatnya.
Menurut pemerhati bola sepak di Argentina, Cesar Luis Merlo, nama Fernandez menjadi buruan CD Palestino yang kini sedang memburu kejuaraan Liga Chile.
BACA LAGI: 'Willian Lira lebih bagus berbanding Ronnie Fernandez, cuma dia masih import biasa-biasa'
BACA LAGI: Ronnie Fernandez ditunjuk jalan keluar dari Selangor, penyerang ‘flop’ Kedah dikhabar jadi pengganti
"Ronnie Fernandez kini adalah penyerang baharu CD Palestino.
"Penyerang berusia 34 tahun itu, tiba sebagai free agent dari Selangor, Malaysia. Kontraknya akan tamat pada akhir musim dan boleh diturunkan pada pusingan kedua (Liga Chile)," katanya.
Palestino yang kini sedang memburu kejuaraan Liga Chile benar-benar memerlukan khidmat Fernandez untuk menguatkan barisan serangan mereka.
Setakat ini, Liga Chile sudah beraksi sebanyak 11 perlawanan dengan mereka mengutip 22 mata. Jumlah itu sama dengan pendahulu Audax Italiano serta Coquimbo yang berada di tempat ketiga.
Musim lalu, Fernandez menghasilkan 10 gol untuk Selangor di Liga Super dengan sepanjang musim di berdepan kritikan pedas penyokong kerana prestasinya.
Sebelum ini, Fernandez dilaporkan akan kekal lagi semusim namun dia mengubah fikiran untuk kembali ke negaranya, berkemungkinan bercadang untuk bersara di tempat kelahiran. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel