Sah retak siku, Azlan Alias perlu berehat 2 bulan


  • Podium
  • Selasa, 20 Mei 2025

Azlan Alias cedera ketika Malaysia bertemu Thailand di Piala Asia Astaf. — PSM

BINTANG sepak takraw negara, Azlan Alias terpaksa melupakan sukan itu buat seketika selepas dia mengalami kecederaan serius semasa beraksi buat Malaysia.

Azlan mengalami kecederaan pada tangannya semasa dia beraksi dalam perlawanan akhir acara berpasukan di Piala Asia Astaf, Ahad lalu.

Dalam kemas kini dikeluarkan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) pada Selasa, Azlan disahkan oleh doktor yang dia mengalami keretakan pada siku.

BACA LAGI: [VIDEO] Badi Thailand masih hantui Malaysia, perjuangan hingga tangan cedera Azlan Alias kekal diingati

BACA LAGI: [VIDEO] 'Selagi tak mati, selagi tidak patah tangan, selagi itu akan berjuang', Azlan Alias tak sanggup lihat kawan sakit

Disebabkan itu, Azlan terpaksa berehat seketika sekitar dua bulan sebelum dia dibenarkan kembali ke gelanggang.

"Azlan Alias mengalami keretakan tulang setelah membuat pemeriksaan pada pagi Selasa. Dia dinasihatkan dan dijangka akan berehat selama dua bulan oleh doktor.

"Semoga dia cepat sembuh," kata PSM dalam kenyataan ringkas mereka.

Ahad lalu, Azlan mengalami kecederaan pada tangan kirinya selepas mendarat dengan janggal sewaktu berdepan Thailand.

Azlan dilihat beberapa kali mendapatkan rawatan sebelum dia dikesan dengan tangan berbalut selepas aksi regunya tamat.

Dalam perlawanan itu, Malaysia hampa selepas kalah 0-2 kepada Thailand. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram