
SELANGOR FC yang berjaya mengesahkan status sebagai naib juara Liga Super berhasil mengesahkan slot untuk Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) dengab mereka pasti sedang merangka pelan musim 2025/2026.
Salah satunya adalah mengenai pemilihan pemain import yang wajar dilabel mengecewakan kerana sesetengah daripada mereka tidak membawa nilai tambah ketara dalam pasukan.
Hal itu turut diluahkan penyokong yang mengharapkan beberapa pemain kurang cemerlang untuk ditunjukkan jalan keluar kerana bergelut untuk mencurahkan khidmat terbaik buat skuad Gergasi Merah.
BACA LAGI: Lepas Sikh Izhan-Richmond, 3 lagi bintang Selangor boleh sarung sekejap jersi Penang
BACA LAGI: Terima kasih beri peluang, bintang JDT-Selangor tinggalkan kelab Thailand
Antara pemain diharapkan mengucapkan selamat tinggal ialah Pemain Terbaik MFL Challenge Cup iaitu Ronnie Fernandes selepas penyerang Chile itu dilihat masih tidak mencapai standard kelab Lembah Klang berkenaan.
Meskipun dihidang dengan pelbagai peluang daripada pemain lain, penyerang kelahiran Chile itu musim ini sekadar meledak 12 gol dan merekodkan tiga bantuan sahaja dalam 32 kejohanan dia diturunkan.
Prestasi tidak mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan itu membuatkan muncul khabar angin mendakwa Ronnie akan dilepaskan dan Selangor akan membawa masuk seorang penyerang import baharu.
Pemain yang dimaksudkan ialah Willian Lira selepas pemerhati sukan tanah air, T. Avineshwaran memberitahu pada laman X miliknya bahawa pemain kelahiran Brazil yang kini menyarung jersi kelab Arab Saudi iaitu Hatta Club dikatakan akan menggantikan posisi Ronnie.
Former Kedah striker Willian Lira is being linked with a move to Selangor. The 31-year-old last played for Hatta Club in UAE.
Ronnie Fernandez could be moving on from Selangor. #MSLTransfer2025 pic.twitter.com/9O03X3MhhA
— T. Avineshwaran (@avineshW90) May 15, 2025
Penyerang berusia 31 tahun berkenaan mula mencuri tumpuan peminat bola sepak Malaysia ketika bersama Kedah Darul Aman (KDA) FC apabila sukar mendapat rentak sehingga diberi kritikan bertali-arus daripada penyokong Hijau Kuning.
Setakat separuh musim kedua Liga Super, pemain berkenaan hanya menjaringkan lapan gol dalam 14 penampilan. Ia tidak memuaskan pengikut Sang Kenari sehingga jolokan 'penyerang flop' menghantuinya.
Meskipun rekod tersebut tidak memberangsangkan namun ia masih memikat hati pasukan divisyen kedua Thailand iaitu Chonburi FC untuk membawanya masuk pada Julai 2023 hinggua Julai 2024.
Bersama Chonburi FC, dia telah meledak 15 jaringan dalam 35 penampilan dalam kesemua pertandingan di Liga Thailand termasuk Piala FA Thai dan Piala Liga Thai. Ia membawa kepada perpindahan ke Hatta Club pada tahun lepas. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram