
SAINGAN Liga 1 Indonesia mengalami perubahan bagi musim 2025/2026 apabila mereka membenarkan setiap kelab mendapatkan 11 pemain import dengan hanya lapan boleh beraksi pada satu-satu masa.
Jumlah itu bertambah daripada angka semasa iaitu lapan dengan enam dibenarkan bermain pada satu-satu masa. Tujuan penambahan adalah untuk meningkatkan kualiti saingan liga.
Dengan beberapa kelab Liga Super bakal menarik diri seperti Kedah Darul Aman FC, Sri Pahang FC dan Perak FC, tidak salah untuk pemain-pemain mereka mencuba nasib di Indonesia.
BACA LAGI: Masalah kewangan makin meruncing, 3 'ubi muda' The Bos Gaurus berpotensi disambar
BACA LAGI: Bek Tok Gajah mahu tembusi skuad Harimau Malaya lepas tampil cemerlang final Piala Malaysia
Ariff Farhan Md Isa
Merupakan salah seorang pemain yang konsisten bersama Kedah musim ini, Ariff Farhan wajar mencuba nasib di Liga 1 pada musim depan.
Musim ini, Ariff melakukan 23 penampilan Liga Super berserta enam aksi Piala FA dan Piala Malaysia. Dalam kesemua aksi, pemain itu tidak menghasilkan sebarang gol.
Ariff (kanan) sentiasa konsisten untuk Kedah.
Beraksi sebagai pertahanan sisi, Ariff bagaimana pun mempamerkan persembahan baik sebagai pertahanan apabila mencatat rekod baik dengan cuma meraih dua kad kuning sepanjang musim.
Dengan usia pada 28 dan di puncak karier, inilah masa untuk Ariff cuba mendapatkan tempat di Indonesia. Mana tahu, ada rezeki?
Adam Nor Azlin
Salah seorang pemain yang menyerlah bersama-sama Sri Pahang musim ini, Adam dilihat masih mempunyai kualiti tinggi sebagai pertahanan tengah.
Adam mencuri tumpuan terutamanya pada perlawanan akhir Piala Malaysia dengan dia bermain bermati-matian untuk menghalang segala serangan lawan walaupun pada akhirnya, dia tumpas.
Adam mempunyai versatiliti dalam permainannya.
Musim ini, Adam menghasilkan 28 penampilan dalam semua tiga kejohanan domestik untuk Tok Gajah. Lebih menarik, dia turut menghasilkan tiga gol sepanjang musim ini.
Dengan turut memiliki versatiliti boleh bermain sebagai penyerang, Adam memiliki pakej untuk memikat kelab Indonesia bagi mengisi kuota tambahan pemain import mereka.
Azfar Fikri Azhar
Satu lagi nama yang boleh mencuba nasib di Indonesia selepas mereka bintang Perak iaitu Azfar Fikri.
Musim ini, Azfar mempamerkan kualitinya sebagai pemain tengah apabila menjadi nadi serangan Perak sambil dibantu oleh Luciano Guaycochea.
Azfar pernah dipanggil menyertai skuad Harimau Muda.
Dia melakukan 26 penampilan untuk Perak dalam semua kejohanan sambil mendapatkan tiga gol dengan empat bantuan jaringan.
Pada usia 25 tahun, Azfar masih belum capai ke fasa kemuncak prestasinya dan perkara itu boleh berlaku jika dia cuba beraksi di Indonesia. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram