
BEKAS Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berpendapat jurulatih baharu Kelantan Darul Naim FC (KDN) mesti mempunyai pengalaman dalam skuad kebangsaan.
Selain berpengalaman dalam skuad kebangsaan, jurulatih itu harus menerima syarat gaji sederhana kerana KDN dalam proses pembinaan semula.
Kata Annuar, dalam masa yang sama KDN tidak perlu terlalu mengikut rentak kelab lain hinggakan ia mengundang masalah kewangan.
BACA LAGI: [VIDEO] 'Kaki tak dimamah usia', skil Piya masih pikat hati penyokong Kelantan
BACA LAGI: Bintang Sri Pahang, Penang dan Perak wajar disambar sertai revolusi bola sepak Kelantan
"Justeru carilah jurulatih tempatan. Biarlah yang ada pengelaman dengan pasukan kebangsaan dan memahami liga tempatan.
"Jurulatih kena sanggup berkorban dan sedia terima skim gaji yang sederhana.
"Jurulatih yang bijak menyusun satu pasukan baharu dengan bajet yang sederhana saja. Ada ramai di luar sana yg ada kelayakan sedemikian," kata Annuar.
Annuar mahu pengurusan KDN untuk segera melakukan pelantikan jurulatih baharu supaya masa yang banyak diberikan dalam usaha membentuk skuad yang serasi.
Dia mahu memastikan yang KDN akan tampil lebih garang berbanding musim ini selaras dengan iltizam mahu membentuk identiti The Real Warriors.
"Kelantan (Darul Naim) perlu rombak pasukan secara menyeluruh. Back to drawing board semula. Bina semula.
"Jurulatih mesti segera dilantik. Sebolehnya minggu ini juga, supaya beliau punya masa yang cukup membentuk pasukan.
"Apa pun pasukan itu mesti berkaliber tinggi dan membawa imej The Real Warriors," ujar Annuar. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram