
HARAPAN skuad regu berpasukan negara untuk menamatkan badi 34 tahun tanpa kejuaraan musnah apabila tumbang 0-2 kepada Thailand dalam aksi sengit yang menyaksikan Malaysia berjuang habis-habisan menentang regu Gajah Perang di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur pada Ahad.
Regu pertama negara yang diwakili Syahir Rosdi sebagai tekong, Amirul Zazwan sebagai pengumpan dan Azlan Alias tewas dengan keputusan 11-15, 17-15 dan 13-15 kepada pasukan pelawat.
Manakala, gandingan Haziq Nizam, Farhan Adam dan Noraizat Nordin pula tewas 13-15, 15-13 dan 4-15.
Pada set pertama, Azlan mengalami kecederaan tangan terseliuh ketika kedudukan 6-9, sekaligus menjejaskan rentak permainan regu pasukan pertama. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
MENYUSUL....