Dilepaskan Penang FC, bekas MOTM masa lawan TFC kini intai peluang bersama NSFC


  • Podium
  • Selasa, 20 Mei 2025

Seramai 22 pemain dilepaskan oleh Penang FC. — Facebook/Penangfc

TONGGAK pertahanan Penang FC, Fairuz Zakaria merupakan antara 22 pemain yang telah dilepaskan oleh kelab itu baru-baru ini menjelang musim baharu Liga Malaysia.

Susulan pelepasan tersebut, Fairuz kini dilaporkan sedang mengintai peluang untuk menyertai Negeri Sembilan FC bagi saingan musim hadapan.

Skuad Jang kini giat merekrut pemain baharu bagi memperkuatkan pasukan dan kehadiran seorang bek kanan berpengalaman seperti Fairuz dilihat sebagai satu pilihan yang ideal untuk memperkukuh barisan pertahanan mereka.

BACA LAGI: [VIDEO] JDT sentiasa ada, Liga M akan terus bernyawa — TMJ

BACA LAGI: Rombakan besar-besaran, Syamer Kutty dan duo pinjaman Selangor antara 22 bintang tinggalkan Penang FC

Tangkap layar Insta Story Fairuz Zakaria.

Spekulasi mengenai perpindahan Fairuz semakin hangat apabila dia memuat naik satu hantaran di Instagram peribadinya yang menunjukkan dirinya berada di Rembau, Negeri Sembilan.

Walaupun tiada kapsyen ditulis, lokasi yang dikongsikan memberi bayangan jelas mengenai destinasi seterusnya buat pemain berusia 28 tahun itu.

Dengan statusnya kini sebagai ejen bebas, tidak mustahil Fairuz akan memilih untuk meneruskan karier di Negeri Sembilan, apatah lagi skuad Jang dilihat memerlukan suntikan pengalaman di posisi pertahanan kanan.

Untuk rekod, Fairuz mencatatkan prestasi cemerlang bersama Penang FC musim lalu dan pernah dinobatkan sebagai Man of the Match (MOTM) selepas membantu pasukannya mengikat Terengganu FC tanpa jaringan dalam aksi Liga Super pada 19 Mei 2024.

Kehadiran Fairuz dijangka mampu memberikan nilai tambah kepada skuad Negeri Sembilan, terutamanya dalam memperkukuh benteng pertahanan menjelang musim baharu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram