Muncul juara Terbuka Thailand, Aaron Chia-Soh Wooi Yik 'mandi peluh' jinakkan beregu Denmark


  • Podium
  • Ahad, 18 Mei 2025

Aaron Chia-Soh Wooi Yik bersama trofi Terbuka Thailand dimenangi mereka. — Agensi

SELEPAS gandingan beregu wanita, Pearly Tan-M. Thinaah berjaya menjadi johan Terbuka Thailand, giliran beregu lelaki mencipta kejayaan serupa.

Gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik mencatatkan rekod serupa apabila berjaya membenam pasangan Denmark, William Kryger-Christian Faust dalam aksi yang diadakan pada Ahad.

Namun begitu, mereka berdepan dengan kesukaran apabila bertarung dalam drama tiga set dengan keputusan 20-22, 21-17, 21-12 .

BACA LAGI: Lin Dan, ahli gandingan beregu emas negara antara bintang kidal badminton terhebat dunia

BACA LAGI: Misi buru gelaran di Vietnam, prospek badminton negara teruja berganding pemain veteran

Set pertama jelas menyaksikan pertarungan sengit melibatkan kedua-dua pasangan walaupun kemenangan memihak kepada gandingan Denmark.

Set kedua menyaksikan situasi serupa dengan kedua-dua pasangan saling berkejaran mata. Mujur buat Malaysia apabila Aaron-Wooi Yik berjaya mendapatkan set kedua.

Set ketiga menampakkan penurunan prestasi pasangan Denmark dan itu berjaya dimanfaatkan oleh beregu Malaysia untuk merampas set ketiga sekali gus bergelar juara.

Dengan kemenangan ini, ia membolehkan Aaron-Wooi Yik meraih kemenangan kedua ke atas Kryger-Faust selepas melakukan perkara serupa pada Indonesia Masters, Januari lalu. — The Star/S. SAKTESH

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram