Cklamovski sahkan Dion Cools-Hector Hevel di Fasa 3, tak sempat beraksi menentang Cape Verde


  • Podium
  • Khamis, 15 Mei 2025

Cklamovski bakal menyediakan skuad kebangsaan pada tahap terbaik bagi aksi-aksi akan datang. — Facebook/Malaysia NT

PENGENDALI skuad kebangsaan, Peter Cklamovski mengesahkan dua pemain warisan negara, Hector Hevel dan Dion Cools tidak akan bersama pasukan bagi aksi persahabatan menentang Cape Verde.

"Keputusan itu dibuat berdasarkan jadual masing-masing. Dion Cools akan beraksi dalam perlawanan akhir Piala Shopee dan beberapa perlawanan buat Buriram United, jadi memerlukan beberapa hari untuk berehat," katanya.

Berdasarkan jadual semasa, kelab Thailand tersebut mempunyai dua perlawanan lain berhampiran aksi menentang Cape Verde, iaitu pertembungan dengan CAHN FC dalam pentas akhir Piala Shopee pada 21 Mei.

BACA LAGI:[VIDEO] Dion Cools 'bertikam lidah' dengan graduan PSG lepas kelab ditewaskan BG Pathum

BACA LAGI:[VIDEO] Karakter kapten terserlah di Vietnam, bintang pinjaman JDT calon terbaik ganti tugas Dion Cools

Dion Cools tidak akan terlibat dalam aksi persahabatan menentang Cape Verde.

Selepas itu, kelab kendalian Osmar Loss tersebut akan bertemu Muangthong United dalam pentas final Piala FA Thailand dengan kedua-dua aksi berkenaan pasti akan melibatkan Dion Cools.

Jadi, jadual terlalu padat itu akan menimbulkan risiko kecederaan terhadap bek tengah berkenaan dengan pendekatan berbahaya sebegitu pasti enggan diambil Cklamovski.

Situasi sama turut disaksikan buat Hector Hevel yang juga memerlukan masa sebelum menyertai kem skuad kebangsaan kerana kini masih sibuk beraksi bersama Portimonense FC di Portugal.

Hector Hevel dijangka hanya akan terlibat dalam perlawanan menentang Vietnam pada 10 Jun nanti.

Meskipun aksi terakhir buat kelab Eropah tersebut adalah pada Sabtu ini, Cklamovski pasti enggan terburu-buru mengerah keringat pemain warisan baharu tersebut.

Ini kerana fokus sebenar bagi pasukannya ialah perlawanan menentang Vietnam pada 10 Jun depan kerana skuad kebangsaan perlu berada dalam keadaan terbaik untuk layak ke Piala Asia 2027.

Tiga mata diraih daripada pertembungan menentang negara Asia Tenggara itu akan meletakkan Harimau Malaya dalam posisi lebih baik setelah mencatatkan kemenangan semasa perlawanan pertama menentang Nepal.

Harimau Malaya bakal menerima kunjungan Cape Verde yang berada di tangga ke-72 dunia di Stadium Cheras, Kuala Lumpur pada 29 Mei sebagai aksi persiapan sebelum menentang Vietnam.

Berdasarkan pengumuman dibuat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Hector dan Dion Cools berada dalam Fasa 3 Panggilan ke kem latihan sementara dalam Fasa 2 (Syihan Hazmi, Corbin Ong, Matt Davies dan Shahrul Saad) manakala selebihnya berada dalam Fasa 1. —Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp Channel