Kali ke-2 diuji, Yusri Che Lah bimbang masa depan ‘ubi muda’ The Bos Gaurus


  • Podium
  • Rabu, 14 Mei 2025

Yusri jelas kecewa dengan berita penarikan diri Perak dari Liga Super.

JURULATIH Perak FC, Yusri Che Lah tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya apabila kelab itu tidak lagi akan bersaing dalam Liga Super musim depan.

Keputusan itu berlaku selepas pengurusan Perak memilih untuk tidak memohon lesen kebangsaan bagi musim depan, sekali gus menamatkan kisah The Bos Gaurus (TBG) dengan bola sepak tempatan.

Memetik Stadium Astro, Yusri yang pernah mengalami situasi serupa apabila MBPJ FC menutupkan operasinya pada 2006 menganggap apa yang diharungi mereka adalah sebuah ujian besar.

BACA LAGI: Tinggal kenangan, Perak FC sah tak mohon lesen kebangsaan

BACA LAGI: 'Satu hati demi Perak FC', tubuh koperasi jadi harapan demi hidupkan semula TBG

Yusri masih tidak mengetahui destinasi seterusnya buatnya musim depan. — Perak FC

"Ini bukan kali pertama saya melalui perkara ini. Pada 2006, saya menghadapi situasi sama sebagai seorang pemain ketika mewakili MBPJ.

"Ini adalah ujian besar buat para barisan kejurulatihan dan seluruh pemain Perak," jelas Yusri.

Dalam masa yang sama, Yusri turut menyatakan kebimbangan mengenai masa depan para pemainnya terutamanya yang masih muda.

Dengan penarikan diri Perak, mereka tiada cara lain selain cuba mendapatkan kelab baharu pada musim depan bagi meneruskan karier.

"Ini bukan perkembangan yang baik buat kami. Seharusnya kami melihat peluang lain untuk masih beraksi dalam Liga Malaysia," kata Yusri.

Perak memilih untuk menarik diri daripada bola sepak tempatan selepas masalah kewangan yang dihadapi mereka.

Dengan situasi semasa melihat Perak seperti gulung tikar, ia tidak memberikan sebarang harapan untuk The Bos Gaurus sekurang-kurangnya turun divisyen dan beraksi dalam Liga A1 musim hadapan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram