
PENGERUSI Perak FC, Datuk Seri Azim Zabidi mengesahkan kelab tersebut tidak akan beraksi dalam Liga Super 2025/26 selepas mengesahkan pihak pengurusan tidak membuat permohonanan lesen kebangsaan.
Berdasarkan laporan Astro Arena pada Selasa, dia mengesahkan tiada sebarang dokumen dihantar kepada pihak Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sehingga tarikh akhir permohanan pada Sabtu lalu.
Pendirian itu sudah tentu menimbulkan kekeliruan dalam kalangan skuad The Bos Gaurus (TBG) yang masih mengharapkan pasukan tersebut untuk kekal bersaing dalam divisyen teratas bola sepak tempatan.
BACA LAGI: [VIDEO] Ada 3 syarikat tunjuk minat ambil alih Perak — Pengerusi Perak
BACA LAGI: Tubuh koperasi bantu Perak bagus tapi lebih baik mula dari bawah — Sayf Che Ismail
Azim mengesahkan pihaknya tidak menghantar sebarang dokumen kepada MFL. — Facebook/Perak FC
"Setahu saya Perak tidak masuk (Liga Super musim depan) dan kami tidak hantar apa-apa dokumen. Dokumen itu perlu membuktikan yang anda memiliki kewangan dan tiada masalah pembayaran gaji, kami tiada semua itu.
"Mungkin maksud mereka semua pasukan yang akan beraksi musim akan datang," katanya.
Sepanjang kempen 2024/25, Perak FC menjadi mangsa kemelut kewangan yang melanda kelab-kelab Liga Super dengan laporan mengatakan pemain dan staf kejurulatihan tidak menerima bayaran gaji beberapa bulan.
Hal tersebut menyaksikan beberapa tonggak utama seperti Clayton Santos dan Wan Zack Haikal tampil mendesak pihak pengurusan menyelesaikan tunggakan bayaran yang sepatutnya diterima berbulan-bulan lalu.
Bagaimanapun, sehingga kini, Azim dan pemegang saham utama kelab, XOX Pro Sport Sdn Bhd tidak memberi sebarang perkembangan baharu berhubung masalah berkenaan meskipun penyokong terus meminta jawapan.
Selain Perak FC, status lesen kebangsaan pasukan bermasalah seperti Sri Pahang FC dan Kedah Darul Aman (KDA) FC masih belum diputuskan dengan MFL dijangka memberi kata putus dalam masa terdekat.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram