'Satu hati demi Perak FC', tubuh koperasi jadi harapan demi hidupkan semula TBG


  • Podium
  • Ahad, 04 Mei 2025

Pemain Perak FC bergambar selepas aksi terakhir menentang Sabah FC saingan Liga Super. — Facebook/Perakfc

PENYOKONG setia Perak FC kini tampil dengan cita-cita besar untuk memastikan kelab kesayangan mereka terus kekal bersaing dalam kancah Liga Malaysia.

Walaupun Perak FC telah disahkan menarik diri daripada saingan Liga Super musim depan akibat masalah kewangan yang berpanjangan, semangat dan kesungguhan penyokong untuk melihat pasukan itu terus 'hidup' tidak pernah pudar.

Sebagai langkah awal, mereka mencadangkan penubuhan sebuah koperasi penyokong bagi mengumpul dana secara sistematik.

BACA LAGI: Ivan Mamut luah kecewa, gaji tak dibayar lebih 9 bulan

BACA LAGI: 'Dulu gaji sangat tinggi cecah RM100,000, terima kasih XOX berjaya letakkan Perak kedudukan yang betul'

Usaha penyokong skuad Seladang untuk menyelamatkan Perak FC. Facebook/SeladangBlackSide

Menerusi satu hantaran di laman Facebook Seladang Black Side, dicadangkan agar setiap ahli menyumbang RM100 setahun sebagai usaha bersama menyelamatkan kelab.

“Kita kena bantu Perak kembali, caranya wujudkan koperasi, kumpul dana ahli RM100 seorang setahun. Mula dari bawah, kome nak join?” katanya.

Inisiatif itu dilihat sebagai usaha akar umbi yang mampu mengembalikan kestabilan kewangan kelab serta menjadi simbol kebangkitan Perak FC hasil sokongan padu penyokong sendiri.

Terdahulu, Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Azim Zabidi mengesahkan bahawa skuad The Bos Gaurus secara rasmi menarik diri daripada Liga Super musim depan susulan masalah kewangan.

Beliau memaklumkan bahawa pihak pengurusan telah berusaha sedaya upaya untuk membangunkan semula pasukan, termasuk membelanjakan hampir RM40 juta dalam tempoh dua tahun terakhir. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram