
MUSIM belum berakhir namun Liverpool sudah dilihat bersedia untuk menguatkan skuad bagi musim hadapan sekali gus mempertahankan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL).
Skuad kendalian Arne Slot ketika ini dilaporkan aktif mendapatkan pemain Bayer Leverkusen iaitu Jeremie Frimpong sebagai usaha menggantikan Trent Alexander-Arnold.
Proses perpindahan pemain itu dilihat berjalan lancar dan ia mungkin dapat dimuktamadkan sebelum musim 2024/2025 berakhir.
BACA LAGI: Belum ada destinasi, de Bruyne dikatakan tertarik sertai Liverpool
BACA LAGI: Tak kisah terlepas Zubimendi ke Arsenal, Liverpool bersedia sambar 'Plan B' segera dari Bilbao
Florian Wirtz.
Namun begitu, langkah Liverpool dilaporkan tidak terhenti di situ. The Reds dikhabarkan bukan saja memburu seorang, tetapi dua orang bintang Leverkusen untuk musim depan.
Laporan di Jerman menyebut, Liverpool dalam usaha mendapatkan pemain tengah, Florian Wirtz walaupun bintang Leverkusen itu sedang dikejar seteru mereka.
Sebelum ini, Manchester City dikatakan turut mengejar tandatangan Wirtz sambil juara Bundesliga, Bayern Munich juga mahukan khidmatnya.
Wakil Wirtz dikatakan sudah terbang ke England bagi berbincang dengan pihak City mengenai potensi perpindahan ke sana.
Namun begitu, Liverpool mungkin saja akan mencelah pada minit akhir bagi memastikan pemain itu tidak akan menyertai City.
Situasi Wirtz mungkin berpindah ke England dilihat lebih ideal buat Leverkusen berbanding melihat pemain itu kekal di Bundesliga.
Hal ini kerana, dengan Bayern juga masih berusaha mendapatkan Wirtz, Leverkusen lebih rela melihat pemain itu berpindah keluar dari Jerman berbanding menyertai seteru domestik.
Musim ini, Wirtz menghasilkan 10 gol dan 12 bantuan gol buat Leverkusen dalam saingan liga. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram