
LIVERPOOL FC terlepas peluang mendapatkan pemain tengah Sepanyol, Martin Zubimendi yang dilaporkan semakin hampir menyertai Arsenal seperti mana dilaporkan pelbagai media antarabangsa ketika ini.
Perkhabaran itu sudah tentu mengecewakan kerana juara Liga Perdana Inggeris (EPL) 2024/25 itu sebelum ini difahamkan bersedia membuat tawaran €60 juta (RM290 juta) pada jendela perpindahan lalu.
Bagaimanapun, hasrat skuad The Reds itu tidak kesampaian selepas kelabnya, Real Sociedad menolak tawaran terbabit dengan pemain berkenaan turut menyatakan keengganan meninggalkan pasukan La Liga terbabit.
BACA LAGI: Penamat taktikal sepakan penjuru, Arteta yakin dapat bawa penyerang berbisa England ke Arsenal
BACA LAGI: Liverpool, Man United berebut bek kiri Bayern Munich
Zubimendi dilaporkan sudah memilih Arsenal sebagai kelabnya selepas ini. — Agensi
Jadi, dalam mendapatkan pemain tengah bertahan baharu, Liverpool dilaporkan bersedia mendapatkan khidmat rakan senegara Zubimendi, Mikel Jauregizar yang kini beraksi buat Athletic Bilbao.
Pemain tengah itu memiliki reputasi cukup baik di peringkat domestik musim ini selepas statistik menunjukkan dia mencipta lebih banyak peluang serta melakukan lebih hadangan berbanding Zubimendi.
Di pentas Eropah pula, Jauregizar membantu kelabnya melangkah ke peringkat separuh akhir Liga Europa UEFA (UEL) sebelum dikecewakan Manchester United menerusi agregat 1-7.
Ini membuktikan pemain berusia 21 tahun itu memiliki potensi besar untuk digilap dengan Liverpool yang mahu mendapatkan rekrut baharu di posisi tersebut tidak boleh ketinggalan.
Jauregizar mampu memberikan dimensi pemain tengah yang diperlukan Liverpool. — Agensi
Namun, harapan berkenaan sukar untuk direalisasikan kerana sebelum ini, dia pernah menyatakan kesungguhan untuk kekal selain nilai perpindahannya yang mencecah €60 juta (RM96.7 juta) akan menyulitkannya lagi.
Meskipun permintaan itu agak rendah, Liverpool yang memerulkan pemain baharu dalam pelbagai posisi lain pasti enggan membuat pelaburan sedemikian pada jendela perpindahan akan datang.
Berdasarkan rekod semasa, Jauregizar sudah diturunkan sebanyak 41 kali buat Athletic Bilbao musim ini dalam semua pertandingan yang membuktikan kecergasannya juga merupakan aset besar.
Sekiranya berada dalam tahap optimum sepanjang musim, pemain terbabit akan membantu meningkatkan kualiti posisi tengah Liverpool di samping Dominik Szoboszlai, Ryan Gravenberch serta Alexis Mac Allister. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp Channel dan Telegram