
SETELAH terlalu lama memanaskan bangku simpanan di Johor Darul Ta'zim (JDT), Haziq Nadzli memilih untuk menyertai Perak FC secara pinjaman bagi musim lalu.
Perpindahan tersebut menyaksikannya kembali mendapatkan keyakinan di atas padang setelah diberikan 19 penampilan dalam saingan Liga Super buat skuad The Bos Gaurus (TBG).
Persembahannya juga amat meyakinkan kerana sepanjang dipinjamkan ke sana, penjaga gol tersebut mencatatkan tujuh perlawanan tanpa dibolosi, sekali gus menaikkan semula reputasinya.
BACA LAGI: 'Terima kasih Perak,' fans restu Haziq Nadzli tukar angin ke kelab Borneo
BACA LAGI: Sukar saingi Syihan di JDT, Haziq Nadzli ada 3 jalan keluar kembang karier
Haziq Nadzli semakin sukar mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama skuad Harimau Selatan. — Facebook/JOHOR Southern Tigers
Bagaimanapun, hasratnya untuk terus kekal di Utara tanah air sukar untuk direalisasikan kerana berdasarkan perkembangan semasa, terdapat kemungkinan Perak FC tidak akan bersaing.
Hal itu disebabkan masalah pengurusan yang menimbulkan kemungkinan kelab berkenaan akan terkubur, sekali gus mendesak Haziq untuk mencari pasukan baharu bagi musim baharu.
Berdasarkan laporan semasa, destinasi paling relevan buat Haziq adalah Kuching City FC yang memerlukan penjaga gol baharu meskipun Wan Azraie dan Shaiful Wazizi konsisten sepanjang musim.
Namun, setakat ini, pihak pengurusan kelab masih belum memberi sebarang kata putus yang pastinya menimbulkan tanda tanya daripada penyokong mengenai ura-ura tersebut.
Tetapi, dalam perkembangan terbaru, khabar angin itu semakin kencang bertiup selepas Haziq dikesan meluangkan masa di konti sebuah radio berpangkalan di Sarawak.
Haziq Nadzli menyertai sebuah sesi di radio berpangkalan di Sarawak baru-baru ini.
Kunjungan tersebut dilakukan bagi menjemput isteri kepada pemain tersebut, Eyra Hazali sempena hari ibu, namun ia tidak menghalang daripada orang ramai menguatkan lagi khabar angin terbabit.
"Adakah Haziq akan menyarung jersi Kuching City? Sudah dijemput ke Era Sarawak juga nampaknya," kata Azizi Zulkarnain Zizie.
"Nampaknya semakin kuat khabar angin Haziq untuk ke Borneo tanah air. Adakah anda setuju sekiranya dia ke sana?" soal Malik Zamri.
Sekiranya tidak dipinjamkan ke Kuching City FC, tidak mustahil sekiranya pemain berusia 27 tahun itu akan menyertai mana-mana pasukan Liga Super lain daripada terus berada di bangku simpanan JDT.
Kelab Selatan tanah air berkenaan juga sudah tentu terbuka untuk melepaskan Haziq, lebih-lebih lagi dengan lambakan penjaga gol lain seperti Syihan Hazmi, Andoni Zubizaurre dan Christian Abad. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram