
PASUKAN kuadran negara melangkah ke perlawanan akhir acara tersebut dalam saingan Piala Asia Astaf susulan kemenangan ke atas Korea Selatan di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur (KL) menerusi keputusan 2-0.
Dalam set pertama, anak-anak buah Mohammad Zulkarnain Arif bertungkus lumus sebelum berjaya menundukkan negara Asia Barat itu menerusi keputusan 15-13.
Situasi berbeza disaksikan dalam set kedua apabila pasukan negara lebih selesa untuk menumpaskan pihak lawan dengan kemenangan 15-8 untuk memastikan kemaraan ke pusingan seterusnya.
BACA LAGI:Piala Asia Astaf: Kelebihan laman sendiri, kualiti pasukan buatkan negara berpeluang cerah
BACA LAGI:Piala Asia ASTAF: Bagai langit dan bumi, Malaysia-Thailand berdepan undian berbeza
Tonggak pasukan, Norfaizzul Razak menjelaskan sedikit perbezaan dapat disaksikan antara set pertama dan kedua sambil menegaskan mereka bersedia bagi final.
"Dalam set pertama, kami agak gugup pada peringkat permulaan kerana ia adalah aksi separuh akhir tetapi kami berjaya segera menyesuaikan diri. Jadi, pada set kedua, kami lebih selesa.
"Alhamdulillah pasukan Malaysia dapat ke final. Insya-ALLAH kami akan berikan yang terbaik dan untuk menentang Jepun malam ini, kami tidak akan memandang rendah pihak lawan," katanya.
Zulkarnain sebagai jurulatih skuad kuadran turut berkongsi perasaan sama dengan menjelaskan anak-anak buahnya bersedia untuk berdepan Jepun dalam pertemuan kedua dalam Piala Asia Astaf.
"Walaupun kita tahu gaya permainan kita bagaimana, kita akan tonton semula perlawanan separuh akhir mereka, mungkin ada perubahan taktikal. Jadi, dari situ kita akan perbaiki dan cuba mengatasi setiap kekurangan.
"Pada mulanya, kita memang jangkakan Vietnam tetapi kita sedar permainan Jepun cukup baik. Jadi, hari ini kita lihat permainan mereka adalah lebih baik berbanding sebelum ini sehingga boleh mengejutkan Vietnam," katanya.
Dalam perlawanan akhir yang juga akan berlangsung pada Isnin, pasukan negara bakal berdepan Jepun yang menundukkan Vietnem dengan keputusan 15-12, 15-11 untuk mengesahkan slot dalam pentas tersebut.—Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram