
MALAYSIA menepati ramalan memperoleh kemenangan pertama dalam acara double apabila mudah mengatasi Nepal dengan keputusan 2-0 dalam saingan Kumpulan B Piala Sepak Takraw Asia (ASTAF) di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Mempertaruhkan gandingan Aidil Aiman Zawawi dan Noraizat Mohd Nordin, pasukan negara memulakan set pertama dengan keyakinan tinggi dibantu pengalaman mereka yang sememangnya banyak berkolaborasi sebelum ini.
Melakukan kesilapan kecil seperti servis tersangkut di jaring pada set pertama memberi kelebihan seketika buat gandingan Nepal iaitu Dipesh Jung dan Anil Jarga.
BACA LAGI: Pakistan tarik diri akibat pergolakan negara, PSM lega India tak ikut sama
BACA LAGI: Piala Asia Astaf: Kelebihan laman sendiri, kualiti pasukan buatkan negara berpeluang cerah
Bagaimanapun, rejaman dari Noraizat berhasil membantu mengembalikan momentum skuad kebangsaan dan akhirnya memperoleh kemenangan 15-7 pada set pertama permainan.
Memasuki set kedua perlawanan, jurulatih acara double Malaysia iaitu Aswadi Abdullah memberi peluang kepada perejam muda negara, Redwan Hakim untuk menunjukkan kelebihannya.
Satu keputusan yang tepat diambil Aswadi apabila pemain Kuala Lumpur (KL) Thunders berkenaan membantu Malaysia memenangi perlawanan 15-5 pada set kedua. Tidak sampai 25 minit perlawanan pertama Malaysia tamat.
Dalam pada itu, Aswadi mengakui anak-anak buahnya masih tercari-cari mood pada perlawanan itu hingga melakukan kesilapan mudah dari segi servis dan rejaman mereka.
Menang tewaskan Nepal, coach Asmawi akui pemain masih cari mood game pertama
Cc @majoritionline pic.twitter.com/inAYPP55J0
— rahmieeee (@rahmi_jono) May 10, 2025
“Bagi saya, sebenarnya ini baru permainan pertama. Ia mudah tapi dari segi permainan, kami belum sampai tahap yang sepatutnya mungkin masih tercari-cari permainan pertama.
“Kalau kita tengok tadi, mestilah kena perbaiki dari segi rejaman dan juga servis. Perkara yang perlu kita titikberatkan. Sudah tentu kemenangan ini masih satu kata suntikan moral.
“Dengan pemandangan yang sederhana harap pemain dapat meningkatkan dari segi mood permainan dari satu perlawanann ke satu perlawanan,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan.
Selepas ini, skuad double negara dijadualkan bertemu Thailand pada pukul 9:30 malam ini. Skuad bimbingan Somporn Jaisinghol itu juga baru sahaja memperoleh kemenangan pertama apabila menewaskan Taiwan dengan keputusan 15-4 dan 15-5. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram