Penang-Kuching City-Sabah boleh berebut khidmat raja ‘clean sheet’ Indonesia


  • Podium
  • Khamis, 08 Mei 2025

Sonny Stevens mencatatkan 12 nirbolos dalam Liga 1 Indonesia. — Agensi

MUSIM ini, beberapa kelab di Liga Super berdepan masalah dengan mendapatkan nirbolos (clean sheet) dalam perlawanan. Situasi tersebut membuatkan nisbah gol dan bolos mereka tidak begitu cantik.

Namun begitu, mereka boleh cuba mendapatkan raja clean sheet dari Liga 1 Indonesia iaitu Sonny Stevens.

Pemain Dewa United berusia 32 tahun itu merupakan pemegang nirbolos terbanyak liga itu iaitu 12.

Berasal dari Belanda, ia mungkin janggal melihat penjaga gol import dalam Liga Super. Tapi, demi pastikan gawang terjaga, apa salahnya cuba bukan?

BACA LAGI: MFL Challenge Cup: Penang FC berputih mata, ‘positioning’ Sikh Izhan undang geram

BACA LAGI: Di saat ramai pilih keluar, 3 bintang mungkin kekal setia bersama Sabah FC

Penang FC

Salah satu kelab yang boleh mendapatkan khidmat Stevens adalah Penang FC yang musim ini bergantung harap kepada penjaga gol pinjaman daripada Selangor FC iaitu Sikh Izhan Nazrel.

Musim ini, Sikh Izhan merupakan antara penjaga gol yang mencatatkan jumlah nirbolos yang baik iaitu sebanyak tujuh kali dalam semua aksi Liga Super.

Sikh Izhan beraksi baik walaupun sering mendapat kritikan. — Penang FC

Ia menjadikan penjaga gol itu menduduki tempat ketiga dalam carta di belakang Syihan Hazmi (Johor Darul Ta'zim) dan Kalamullah Al-Hafiz (Selangor FC).Walaupun mempunyai rekod baik, namun penyokong Penang agak hampa dengan persembahannya secara keseluruhan.

Dengan mereka sedang mencari penjaga gol baharu, mungkin Penang boleh mempertimbang mendapatkan Stevens bagi musim hadapan.

Kuching City FC

Musim 2024/2025 menyaksikan kecemerlangan buat Kuching City FC apabila mereka berjaya menduduki tempat keempat Liga Super.

Pencapaian yang cukup membanggakan buat Aidil Sharin, akan tetapi skuad The Cats mahu melangkah lebih gagah musim depan.

Usia Azraie (tengah) kini menghampiri 40-an. — Kuching City FC

Oleh itu, mereka perlu melakukan beberapa perubahan termasuklah dengan menggantikan penjaga gol.

Mereka boleh cuba mendapatkan pengganti baharu untuk Wan Azraie dan Shahril Sa'ari yang semakin berusia.

Dengan masing-masing berusia 38 dan 35 tahun, mungkin sudah tiba masa untuk The Cats meletakkan watak lebih muda mengemudi gol mereka.

Sabah FC

Satu lagi kelab yang boleh mendapatkan khidmat penjaga gol baharu musim depan adalah gergasi Borneo iaitu Sabah FC.

Musim ini, Sabah dilihat kurang menyerlah dari segi penjaga gol dengan kedua-dua Damien Lim dan Khairul Fahmi Che Mat tidak berjaya mencatatkan jumlah nirbolos yang banyak.

Damien (tengah) kurang menyerlah musim ini. — Sabah FC

Kedua-dua penjaga gol itu mencatatkan gabungan lima kali nirbolos dengan Damien memperoleh tiga sementara Fahmi hanya dua.

Situasi itu jelas tidak ideal buat Sabah yang sering mencabar kedudukan atasan Liga Super. Oleh itu, mereka boleh cuba mendapatkan Stevens bagi menguatkan pintu gol mereka. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram