TFC-Selangor-Penang berebut dapatkan tandatangan Patrick Vieira versi Sri Pahang


  • Podium
  • Selasa, 06 Mei 2025

Ibrahim Manusi menjadi buruan tiga kelab. — Sri Pahang FC

NAMPAKNYA, beberapa pemain Sri Pahang FC bakal menjadi buruan kelab-kelab Liga Super untuk musim depan.

Selepas penyerang, T. Saravanan dikaitkan dengan perpindahan keluar, seorang lagi pemain turut berpotensi meninggalkan skuad Tok Gajah dan menyertai kelab baharu.

Pemain yang dimaksudkan adalah Ibrahim Manusi, tonggak Sri Pahang yang digelar sebagai Patrick Vieira versi Liga Super.

BACA LAGI: Selangor patut bawa pulang anak jati Paya Jaras sebagai jeneral Gergasi Merah

BACA LAGI: Ibrahim Manusi ikut jejak Paulo Josue, bintang Perak serta Kedah, tempa nama di pentas final

Ibrahim Manusi mungkin meninggalkan Sri Pahang. — Sri Pahang FC

Sejak mencuri tumpuan apabila beraksi baik pada perlawanan akhir Piala Malaysia, Ibrahim dilaporkan diburu oleh tiga kelab bagi menguatkan skuad mereka.

Pemerhati bola sepak tempatan, T. Avineshwaran mengatakan yang Selangor FC, Terengganu FC dan Penang FC dilaporkan berminat untuk membawa Ibrahim keluar daripada Sri Pahang.

"Ibrahim Manusia adalah salah seorang yang sedang diperhatikan oleh beberapa kelab. Selepas musim menonjol bersama Sri Pahang, pemain berusia 23 tahun itu sedang diperhatikan oleh Terengganu, Selangor dan Penang," katanya.

Musim ini, Ibrahim melakukan 18 penampilan untuk Tok Gajah dalam Liga Super dengan dia menonjolkan versatilitinya dengan kebolehan beraksi di pelbagai posisi.

Walaupun posisi asalnya adalah pertahanan tengah, namun Ibrahim turut boleh bermain sebagai pemain tengah bertahan serta pertahanan kanan.

Malah ketika perlawanan akhir Piala Malaysia, Ibrahim mencuri tumpuan dengan mempamer persembahan baik di bahagian tengah walaupun ketika itu mereka tumpas kepada Johor Darul Ta'zim. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram