MFL Challenge Cup: Penang FC berputih mata, ‘positioning’ Sikh Izhan undang geram


  • Podium
  • Ahad, 02 Feb 2025

Sikh Izhan yang sepatutnya menjadi nadi pertahanan pasukan acap kali mengecewakan. — Facebook/Selangor FC

KEKALAHAN 0-2 secara agregat dialami Penang FC kepada Selangor FC cukup untuk menamatkan kemaraan mereka dalam kempen MFL Challenge Cup musim ini yang seperti sudah dijangka penyokong mereka sendiri.

Ini kerana sepanjang kempen 2024/25, skuad Harimau Kumbang gagal menampilkan aksi konsisten dalam semua pertandingan domestik, termasuk dalam kejohanan terbabit.

Bagaimanapun, kekecewaan masih diluahkan penyokong kelab Utara tanah air tersebut yang berasakan anak-anak buah Wan Rohaimi Wan Ismail sepatutnya menampilkan persembahan lebih baik dalam aksi timbal balik di Stadium MBPJ, Selangor pada Ahad.

BACA LAGI: 'Confirm juara', kemenangan di Bandaraya bikin Selangor calon terbaik julang MFL Challenge Cup

BACA LAGI: MFL Challenge Cup: Mudah mara ke semifinal tapi fans Penang pelik coach masih peram Rahmat Makasuf

Harapan itu sebelum ini jelas diletakkan di bahu penjaga gol utama mereka, Sikh Izhan Nazrel yang perlu memastikan pintu gawangnya tidak dibolosi ketika berdepan majikan sebenarnya itu.

Namun, perkara tersebut tidak tercapai, namun hal sebaliknya berlaku apabila penjaga gol skuad muda negara itu berada di kedudukan salah semasa pintu golnya dibolosi Alvin Fortes pada minit ke-66.

WhatsApp Image 2025-02-02 at 9.51.20 PM

Skaud Gergasi Merah melangkah ke perlawanan akhir MFL Challenge Cup. Facebook/Penang FC

Kesilapan berkenaan jelas menimbulkan rasa kurang senang daripada penyokong Harimau Kumbang yang mula mempersoalkan kebolehan sebenar pemain berusia 22 tahun itu.

"Sikh Izhan, kedudukan (positioning) anda bagaimana untuk gol itu? Anda pemain di tahap profesional tahu, bukannya di tahap kampung sahaja," kata Reuben Lim.

"Geramnya saya dengan Sikh Izhan ni, penjaga gol apa dia ni? Berilah (peluang) kepada penjaga gol lain," kata Adam Lutfi.

Masalah prestasi penjaga gawang tersebut bukanlah sesuatu yang baharu kerana sebelum ini, dia pernah melakukan kesilapan sehingga merugikan Penang FC dari segi pertahanan.

Bagaimanapun, Sikh Izhan masih memegang peranan penjaga gol utama skuad Harimau Kumbang berbanding Haziq Mukhriz mahupun Shafiq Afifi yang hanya beberapa kali diberi peluang di posisi itu musim ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram