Pembelian termahal JDT ketuai senarai 9 bintang 'keluar baris' musim depan


  • Podium
  • Selasa, 06 Mei 2025

Jalil Elias lebih kerap beraksi di kelab luar sebagai pemain pinjaman berbanding untuk JDT. — Agensi

BAGI memastikan persembahan di peringkat domestik dan antarabangsa terus berada pada tahap tertinggi, Johor Darul Ta'zim (JDT) dijangka akan melakukan perubahan besar menjelang musim 2025/2026.

Dalam perubahan tersebut, JDT dijangka akan melepaskan sembilan pemain yang terdiri daripada barisan bintang import termasuk pembelian termahal kelab.

Harimau Selatan dijangka akan melepaskan Jalil Elias yang merupakan rekrut termahal JDT dan Liga Malaysia selepas pemain itu banyak menghabiskan masa dipinjam keluar ke kelab lain.

BACA LAGI: ‘Jika tak mampu bersaing, jangan hasut tarik diri’, TMJ tegur mentaliti mundur bola sepak Malaysia

BACA LAGI: Rehabilitasi di Croatia gagal pulihkan kecederaan Ivan Mamut, TFC nafi dakwaan tunggakan gaji

Jordi Amat antara pemain yang akan meninggalkan JDT. — Agensi

Pemain berusia 29 tahun itu menjalani tempoh pinjaman di Argentina bersama Velez Sarsfield dan dia dilihat menjadi calon kuat untuk meninggalkan JDT musim depan.

Selain Elias, Harimau Selatan dijangka melepaskan beberapa bintang utama yang lain termasuklah Jordi Amat, Shane Lowry, Enzo Lombardo, Murillo Henrique, Anselmo Moraes, Alvaro Gonzalez serta penyerang tumpul Jorge Obregon.

Malah, mereka juga akan melepaskan nama-nama besar seperti Jese Rodriguez, Jonathan Viera dan Roque Mesa yang direkrut bagi menguatkan saingan JDT di Asia.

Keputusan untuk JDT melepaskan sembilan pemain itu rata-ratanya kerana faktor usia mereka sudah mencecah 30 ke atas.

Pemain seperti Amat (33 tahun) dan Lowry (35 tahun) antara sebahagian daripada calon utama dilepaskan JDT kerana faktor umur.

Hanya Henrique, Elias, Lombardo, dan Obregon saja pemain yang dilepaskan berada pada bawah usia 30 tahun.

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata perubahan besar perlu dilakukan memandangkan kelab itu sudah menetapkan sasaran untuk mara jauh dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

"Kejohanan ACLE adalah pertandingan yang sangat prestij. Ia akan menjadi semakin sukar dan sukar, tapi kami akan terus bekerja keras untuk mara ke hadapan.

"Menjadi antara kelab elit Asia adalah satu pencapaian mengagumkan dan satu nikmat," kata TMJ. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram