
PEMAIN import Negeri Sembilan FC, Takumi Sasaki jelas kagum dengan semangat sokongan yang ditonjolkan oleh penyokong bola sepak di Malaysia.
Dia yang baru semusim di Liga Super mendapati beberapa kumpulan penyokong seperti Johor Darul Ta'zim (JDT), Selangor FC dan Terengganu FC (TFC) semuanya menonjolkan kualiti sokongan yang hebat setiap kali perlawanan.
Sasaki juga memuji sokongan oleh penyokong kelabnya sendiri yang sentiasa ada untuk skuad Jang walaupun mereka mengharungi musim buruk.
BACA LAGI: [VIDEO] Seperti mengenang nasib, kelibat import NSFC termenung lepas ‘match’ bikin ramai sebak
BACA LAGI: Sri Pahang dianggap 'favorite' raih kemenangan jika berjaya sekat 3 bintang NSFC
Sasaki (kiri) menghasilkan dua gol untuk Negeri Sembilan dalam Liga Super. — NSFC
"Dalam bola sepak, saya sentiasa fikir untuk pasukan. Saya rasa saya dah tunjuk yang saya pemain yang tak mudah mengalah walaupun dalam musim yang susah, dan akan terus berjuang untuk pasukan sampai akhir.
"Apatah lagi penyokong Negeri Sembilan memang hebat sebab apabila musim lepas kita bergelut, mereka tetap sokong sampai habis.
"Bukan sahaja Negeri Sembilan, tapi semangat penyokong JDT, Selangor, Terengganu dan lain-lain juga hebat," kata Sasaki menerusi Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).
Secara individu, Sasaki mempunyai musim yang agak baik untuk Negeri Sembilan. Dia nyata menjadi watak penting skuad Jang apabila beraksi 23 daripada 24 aksi Liga Super.
Dalam penampilan itu, Sasaki menghasilkan dua gol serta empat bantuan jaringan buat kelabnya.
Selepas semusim bersama Negeri Sembilan, Sasaki mengakui dia sudah mula membiasakan diri dengan bola sepak di Malaysia.
Kini kembali semula ke negaranya iaitu Jepun, dia mahu bertemu dengan rakan-rakan seperjuangannya yang beraksi di J.League untuk belajar sesuatu menjelang musim baharu.
"Saya datang ke sini untuk cari pengalaman baru. Ini kali pertama saya bermain di luar negara, tapi ia memang tahun yang hebat apabila dapat kenal budaya dan orang Malaysia yang sangat baik.
"Sekarang saya dah biasa dengan bola sepak Malaysia, saya rasa musim kedua ini saya boleh tunjukkan 100 peratus kemampuan saya.
"Sekarang liga dah habis, saya balik ke Tokyo untuk bercuti dan saya ada jumpa juga pemain dari kelab Jepun, sembang pasal bola, tengok perlawanan dan belajar dari mereka," ujar Sasaki. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram