
KEMELUT pengurusan dalam arena bola sepak tanah air hari ini boleh diibaratkan sebagai barah yang serius, namun ia tidak dirawat meskipun sudah berkali-kali teguran dilakukan penyokong.
Masalah terbesar boleh disaksikan sudah tentu berhubung kewangan kelab-kelab Liga Super sehingga menyaksikan separuh daripada mereka mengalami isu tunggakan gaji.
Impak daripada perkara itu menyaksikan kebajikan pemain terus terabai, lalu membuatkan penyokong tidak lagi tertarik untuk mengikuti perkembangan semasa meskipun pelbagai pelan publisiti dilancarkan.
BACA LAGI: [VIDEO] MB Sanusi tidak boleh salahkan FAM-MFL, sebaliknya kelab yang urus duit — Zulakbal
BACA LAGI: ‘Selesaikan hutang lapuk dulu sebelum mahu selamatkan bola sepak Kelantan’
Hannah Yeoh secara terbuka menegur sikap dan mentaliti sesetengah pasukan Liga Super.
Menyedari situasi tersebut masih berterusan, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh tampil membuat teguran dengan mengatakan hanya pihak berkemampuan boleh berada dalam badan pengurusan kelab bola sepak.
Selain itu, beliau sempat mengingatkan mentaliti untuk menyingkirkan Johor Darul Ta'zim (JDT) yang mendominasi sukan tersebut tidak sepatutnya terjadi kerana ia mencerminkan pemikiran yang tidak berpandangan ke hadapan.
Pandangan tersebut turut dikongsikan pemerhati bola sepak tempatan, Prof Madya Zulakbal Abd Karim dengen menegaskan pihak pengelola perlu mencari jalan untuk mengelaknya daripada terus berlaku.
"FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) dan MFL (Liga Bola Sepak Malaysia) perlu menghentikan sikap ini dengan membawa perkara berbangkit ke meja perundingan. Jadi, semua yang kurang berpuas hati boleh suarakan pandangan satu persatu. Ia perlu dilakukan supaya isu tidak berulang.
Zulakbal percaya FAM dan MFL perlu mengadakan sesi rundingan bersama pemegang taruh Liga Malaysia.
"Kita semua, pemegang taruh dalam bola sepak negara perlu duduk berbincang untuk selamatkan bola sepak kita dan untuk merancang agenda sukan kita bagi 100 tahun akan datang," katanya kepada Majoriti.
Antara pemegang taruh terbesar dalam konteks tersebut merupakan pihak pengurusan kelab Liga Super kerana setiap perubahan dasar akan memberi kesan terhadap pendekatan mereka.
Jadi, bagi memastikan rundingan dapat dilakukan sebaiknya, mereka perlu terbuka hati dalam menyampaikan keresahan dalam memastikan masa depan sukan tersebut tidak terkubur.
Tambah Zulakbal lagi, sikap segelintir pihak untuk memboikot saingan tersebut disebabkan cengkaman JDT sepatutnya tidak berlaku kerana ia hanya memberi gambaran buruk.
Dominasi skuad Harimau Selatan dalam arena bola sepak tempatan tidak boleh dinafikan. — Facebook/JOHOR Southern Tigers
"Kita percaya bahawa mentaliti memboikot itu tidak bagus. Sepatutnya, kita ada mentaliti lawan tetap lawan dan tidak memboikot, sebaliknya lawan semula sebelum menguasai dengan cara berbeza," katanya lagi.
Sekiranya pendirian untuk terus membiarkan Liga Super terkubur terus tersemai, ia akan menjadi barah yang perlu dirawat dalam memastikan saingan terus meriah saban tahun.
Tetapi, jika masing-masing terus berada dalam tampuk lama, perubahan tidak akan dapat disaksikan, sekali gus menyebabkan arena bola sepak negara terus mundur. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram