
TIRAI saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/25 yang baru berakhir menyaksikan ramai pemain meninggalkan pasukan masing-masing untuk mencari peluang baru dalam kerjaya mereka.
Ada yang berpindah ke kelab lain untuk mengembangkan karier, manakala sebahagian lagi terpaksa angkat kaki disebabkan isu kewangan, seperti yang dialami oleh Perak FC yang menarik diri dari saingan liga.
Kebiasaannya, pemain akan memilih untuk mencabar diri di luar negara bagi merasai pengalaman bola sepak yang berbeza.
BACA LAGI: Saham mencanak lepas gegar gawang JDT, bintang Sri Pahang kini diburu Selangor-Melaka
BACA LAGI: 'Jose Mourinho pun tak dapat bawa KL ke puncak tanpa penyelesaian masalah pengurusan'
Namun, terdapat juga beberapa pemain yang memilih untuk terus beraksi di Liga M dan hanya 'menyalin jersi' ke kelab lain.
Oleh itu, Majoriti menyenaraikan tiga pemain tempatan yang dijangka terus mewarnai saingan Liga M musim depan.
1. Clayton da Silva (Sabah FC)
Penyerang Perak FC, Clayton da Silva antara pemain import yang dijangka berpindah ke kelab lain musim ini.
Berdasarkan laporan daripada penyokong Perak, Perak The Yob di laman X, Clayton kini berada di Sabah dan sedang menjalani sesi percubaan dengan Sabah FC menjelang saingan Liga Super 2025/26.
Sabah FC kini sedang aktif mencari pemain import baharu selepas kehilangan beberapa tonggak utama pada penghujung musim 2024/25.
Penyerang Perak FC, Clayton dikhabarkan sedang menjalani sesi percubaan dengan pasukan Sabah FC. — Facebook/Perakfc
Salah satu posisi utama yang perlu diisi adalah penyerang berikutan ketiadaan Joao Pedro yang kini beraksi secara pinjaman bersama Ho Chi Minh City FC.
Sabah juga bakal beraksi dalam saingan Piala Shopee musim depan setelah menamatkan saingan Liga Super 2024 di tempat ketiga.
Oleh itu, kehadiran Clayton ke kelab Borneo itu dijangka dapat memperkuat jentera serangan Sabah FC musim depan.
2. Saddil Ramdani (Selangor FC)
Pemain Indonesia, Saddil Ramdani yang telah beraksi beberapa musim bersama Sabah FC, dilaporkan bakal meninggalkan kelab Borneo itu pada penghujung musim 2024/2025.
Destinasi seterusnya masih belum jelas, sama ada Saddil akan kekal di Malaysia atau kembali ke Indonesia.
Namun, terdapat spekulasi bahawa Saddil mungkin akan menyertai Selangor FC pada musim depan.
Saddil dilaporkan akan meninggalkan Sabah pada akhir musim 2024/2025.
Selangor, yang terkenal dengan rekod membawa masuk pemain import berkualiti, terutamanya dari Indonesia dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat Saddil.
Dengan reputasi besar Saddil di Malaysia, perpindahan itu pasti akan disambut baik oleh penyokong Gergasi Merah.
Saddil diharapkan mampu menjadi pelengkap kepada taktikal jurulatih Katsuhito Kinoshi, dengan memainkan peranan di bahagian sayap kanan, sementara Faisal Halim digerakkan sebagai sayap kiri.
3. Luciano Guaycochea (Penang FC)
Dengan pengunduran Perak FC dari saingan Liga Super musim depan, beberapa pemain skuad The Bos Gaurus (TBG) dijangka akan mencari kelab baru.
Salah satu nama yang paling menonjol adalah kapten Perak, Luciano Guaycochea yang dilaporkan menjadi buruan beberapa kelab termasuk Penang FC.
Guaycochea telah menunjukkan kepimpinan yang cemerlang sepanjang kariernya, mencatatkan 11 gol dan dua assist untuk Perak FC.
Sejak menyertai skuad TBG pada 2022, Guaycochea sudah merekodkan 46 penampilan. — Facebook/PerakFC
Di bawah pimpinannya, Perak FC berjaya menamatkan saingan Liga Super di tangga ketujuh dengan lapan kemenangan.
Penang FC dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain tengah berpengalaman ini, yang diyakini mampu memberikan impak besar kepada pasukan musim depan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram