[VIDEO] Seperti mengenang nasib, kelibat import NSFC termenung lepas ‘match’ bikin ramai sebak


  • Podium
  • Isnin, 07 Apr 2025

Sasaki dilihat duduk bersendirian di bangku simpanan selepas tewas 1-2 di tangan PDRM FC.

SETIAP pemain import pastinya berusaha untuk memberikan yang terbaik bagi pasukan mereka dengan harapan dapat meraih kemenangan.

Namun, dalam bola sepak, tidak semua usaha akan menghasilkan kemenangan dan kekalahan kadangkala tidak dapat dielakkan.

Kekalahan itu amat mengecewakan, terutamanya bagi pemain import yang merasa bertanggungjawab terhadap keputusan tersebut.

BACA LAGI: Kini di ibu negara, pemain kacukan sekadar tahap liga sosial UK disebut-sebut calon bintang warisan baharu

BACA LAGI: [VIDEO] Bukan sahaja gah atas padang, 3 bintang JDT pamer sikap rendah diri

Begitulah yang dihadapi oleh import Negeri Sembilan FC, Takumi Sasaki yang dilihat termenung mengenang nasib pasukannya selepas tewas 1-2 di tangan PDRM FC di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selangor pada 15 Mac lalu.

Kekalahan tersebut nyata memberi kesan mendalam kepada pemain import Jepun itu, yang dilihat duduk bersendirian di bangku simpanan selepas perlawanan berakhir.

Kelibat Sasaki yang termenung dan merenung kosong setelah perlawanan itu menarik perhatian ramai penyokong skuad Jang.

Keadaan tersebut menyentuh hati peminat skuad Jang yang melihat betapa sukarnya keadaan yang dihadapi oleh pasukan mereka.

Walaupun telah memberi segala usaha di atas padang, keputusan yang tidak memihak kepada pasukan jelas membuatkan Sasaki yang merupakan tonggak penting pasukan kelihatan kecewa.

Sasaki, yang dilihat sangat komited dalam setiap perlawanan, jelas kecewa kerana harapan tinggi diletakkan untuk pasukan berjuang meraih kemenangan, namun hasilnya tidak seperti yang diharapkan.

Menurut penyokong NSFC, @philfxrish.futbolinfo di Tik Tok, Sasaki merupakan pemain import yang sering mempamerkan prestasi cemerlang sama ada di atas padang mahupun ketika latihan.

"Amboi, sayang betul Takumi Sasaki dengan Negeri Sembilan ni, sudah pukul 12 tengah malam pun masih lagi terduduk dekat bench.

"Sasaki ini memang betul-betul sayang NSFC, setiap kali latihan, dia akan all out, bukan setakat lari-lari saja, semangat dia itu lain macam,dia layan pemain lain pun macam keluarga," katanya.

"Sebak pula tengok dia ini, mesti sedih sebab tak dapat tolong pasukan catat kemenangan," kata @Danial. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram