Sri Pahang dianggap 'favorite' raih kemenangan jika berjaya sekat 3 bintang NSFC


  • Podium
  • Jumaat, 10 Jan 2025

Sasaki (tengah) merupakan perancang utama Negeri Sembilan. — Facebook/Negeri Sembilan FC

SAINGAN Liga Super kembali selepas berehat beberapa minggu dengan Sri Pahang FC akan bertandang ke Paroi untuk bertemu Negeri Sembilan FC pada Jumaat.

Pertarungan melibatkan dua kelab di zon bawahan liga ini sangat penting buat mereka kerana dengan tiga mata, ia dapat membantu Sri Pahang dengan Negeri Sembilan boleh membaiki kedudukan mereka.

Sri Pahang dilihat sebagai pasukan pilihan untuk meraih kemenangan dek kerana kedudukan semasa mereka yang lebih baik berbanding Negeri Sembilan. Tetapi ia boleh dicapai sekiranya berhasil menyekat tiga pemain skuad Jang.

BACA LAGI: Tiga kelab Liga M termasuk Sri Pahang berputih mata, Jesper rupanya kembali warnai Liga Thailand

BACA LAGI: Kedah sedia turun liga, Sri Pahang bakal tarik diri?

Takumi Sasaki

Nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam skuad Negeri Sembilan, Takumi Sasaki merupakan ancaman ketara buat Sri Pahang.

Merupakan pemain tengah menyerang, Sasaki mempunyai kualiti untuk membawa bola dengan baik serta mampu melakukan larian-larian menyerang (attacking runs) berbahaya ke kotak penalti lawan.

471256617_1040792684728114_5208503043938587993_n

Sasaki (kanan) merupakan nadi serangan Negeri Sembilan. — Facebook/Negeri Sembilan FC

Musim ini, Sasaki sudah menjaringkan satu gol serta tiga bantuan gol dalam 15 penampilan liga. Walaupun jumlahnya kelihatan kecil, ia tidak menafikan kualiti yang ada pada pemain Jepun itu.

Sasaki adalah ancaman utama Sri Pahang. Jika dia berjaya disekat, serangan Negeri Sembilan akan tumpul.

Hein Htet Aung

Jika Sasaki memberikan ancaman dari bahagian tengah, pemain Myanmar, Hein Htet Aung pula boleh mengancam pintu Sri Pahang dari bahagian sayap.

Pemain pinjaman dari Selangor FC itu bersama Negeri Sembilan untuk musim kedua dan terus mengekalkan tempat sebagai ancaman utama skuad Jang dari bahagian sayap.

470215490_1037571151716934_6607458355081420209_n

Htet Aung (dua dari kiri) merupakan pemain pinjaman dari Selangor FC. — Facebook/Negeri Sembilan FC

Musim ini, Htet Aung menghasilkan satu gol dan dua bantuan gol dalam 14 penampilan Liga Super buat kelab itu.

Larian-larian derasnya mampu memberikan masalah buat Sri Pahang. Jika pada harinya, Htet Aung boleh menghasilkan persembahan cemerlang untuk Negeri Sembilan.

Jacque Faye

Individu bernama Jacque Faye ini merupakan satu lagi ancaman yang mesti dihentikan oleh Sri Pahang jika mereka mahu menang.

Pemain versatil ini boleh beraksi di pelbagai posisi termasuklah bahagian tengah dan pertahanan. Malah, dia juga boleh ditolak ke bahagian serangan jika diperlukan.

470677622_1037571171716932_5408037202250816119_n

Faye mempunyai rekod jaringan yang baik untuk Negeri Sembilan. — Facebook/Negeri Sembilan FC

Buktinya dapat dilihat apabial pemain itu sudah menghasilkan lima jaringan buat Negeri Sembilan dalam 12 penampilan. Rekod jaringan itu lebih baik berbanding Sasaki dan Htet Aung.

Dengan memiliki tubuh yang sasa, jika Faye naik ke atas pasti akan mengundang masalah kepada pertahanan Sri Pahang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram