
SEBERAPA besarkah tahap kemeriahan Liga Super musim depan? Selepas kita lihat banyak kelab mula menarik diri.
Beberapa kelab seperti Perak FC dan Sri Pahang FC dilaporkan akan menarik diri daripada Liga Super akibat terperangkap dengan isu kewangan yang sukar untuk diselesaikan.
Ia meninggalkan cuma beberapa kelab seperti Johor Darul Ta'zim, Selangor FC dan Terengganu FC sebagai antara kelab stabil kekal beraksi di Liga Super.
BACA LAGI: Terengganu mahu terus ikat Safawi namun berdepan halangan JDT
BACA LAGI: Dilabel ‘flop’ bersama Terengganu, 'jaguh kampung' Thailand kembali temui sentuhan sebenar
Terengganu secara teknikalnya masih dimiliki oleh kerajaan negeri. — Facebook/Terengganu FC
Terengganu merupakan antara kelab yang tiada masalah dalam pembayaran gaji pemain. Namun begitu, keberadaan mereka di Liga Super seolah-olah membuang masa bagi penyokong.
Hal ini kerana, walaupun tidak mengalami isu kewangan, namun Terengganu bukannya kelab yang mencabar kejuaraan. Oleh itu, segelintir penyokong berasakan eloklah jika mereka turut menarik diri.
Ditambah pula dengan pemilikan kelab secara teknikalnya masih milik kerajaan negeri yang menggunakan wang rakyat, penyokong berpendapat lebih baik agar wang itu dibelanjakan di tempat lebih baik.
"Terengganu pun tarik diri jugalah, jangan tunjuk bodoh diri tu pula. Saban tahun dah tahu siapa akan menang. Sudah-sudahlah, buat bazir duit, baik guna duit tu tolong rakyat yang susah," kata penyokong bernama Mohd Rizuan.
"Terengganu harapkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bayarkan gaji. Sampai bila nak harapkan mereka? Asyik habiskan duit rakyat baik tarik diri daripada jadi pasukan pelengkap jadual tiap-tiap tahun," komen Anjang Ali.
"Tarik diri lebih baik, duit bukan banyak mana, macam mana nak lawan?," ujar Zahari Othman.
Terengganu menamatkan Liga Super musim ini di kedudukan kelima sambil hampa dalam Piala FA dan Piala Malaysia.
Skuad Penyu itu turut gagal mempamerkan persembahan berkualiti dalam Kejohanan Kelab-Kelab Asean atau Piala Shopee.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram