'Jumpa lagi', ucapan coach GK kuatkan spekulasi Bidoglio tinggalkan JDT


  • Podium
  • Ahad, 04 Mei 2025

Jon Elorza tinggalkan JDT selepas lima tahun bersama.

SPEKULASI di kem Johor Darul Ta'zim (JDT) kuat ketika ini pengendalinya, Hector Bidoglio dikatakan akan meninggalkan kelab itu.

Ia disebabkan oleh kegagalan pengendali tersebut membawa JDT mara sekurang-kurangnya ke suku akhir Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) selepas tewas kepada Buriram United di pusingan 16 terbaik.

Tiada yang konkrit ketika ini, namun begitu, satu ucapan dari jurulatih penjaga gol JDT mungkin menguatkan spekulasi tersebut.

BACA LAGI: Terengganu mahu terus ikat Safawi namun berdepan halangan JDT

BACA LAGI: 'Kegagalan ACLE satu keputusan tidak realistik jika JDT buang Bidoglio'

Ucapan daripada jurulatih penjaga gol JDT, Jon Elorza seolah-olah memberikan petanda yang rejim Bidoglio bersama Harimau Selatan sudah berakhir musim ini.

Di media sosialnya, Elorza secara terbuka mengucapkan selamat tinggal kepada kelab itu selepas lebih lima tahun bersama.

"Selepas lebih lima tahun, sudah tiba masa untuk ucapkan jumpa lagi. Johor dan Johor Darul Ta'zim telah memberikan saya peluang untuk menikmati pengalaman terbaik dalam hidup.

"Ia adalah salah satu daripada pengalaman terbaik dalam hidup saya untuk berkembang sebagai manusia dan seorang profesional untuk belajar dari budaya dan kehidupan berbeza," katanya.

Dalam bola sepak moden, ia adalah normal apabila seorang ketua jurulatih meninggalkan kelab, barisan kejurulatihannya akan turut serta.

Hal ini kerana, mereka lazimnya akan tertakluk kepada klausa dalam kontrak ketua jurulatih yang apabila dia dipecat atau meletak jawatan, barisan kejurulatihan boleh turut serta angkat kaki.

Sepanjang di JDT, Elorza berjaya menjadikan penjaga gol seperti Syihan Hazmi, Andoni Zubiaurre dan Christian Abad antara yang terbaik di negara. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram