‘Jangan dah jatuh baru nak rindu’, kepak Kenari digesa bantu kelab sedang bertarung nyawa


  • Podium
  • Sabtu, 03 Mei 2025

Kedah amat memerlukan penyokong mereka ketika ini. — Facebook/Kedah Darul Aman FC

SITUASI kewangan melibatkan Kedah Darul Aman FC masih belum menampkakan tanda-tanda akan pulih.

Namun begitu, mereka kini dalam usaha bagi mendapatkan kewangan dan kepercayaan penyokong dengan mengadakan aksi perlawanan persahabatan antara All Star Kedah dan All Star Malaysia yang diadakan pada Sabtu.

Lebih menarik, perlawanan itu turut dihangatkan dengan kehadiran legenda Portugal, Ricardo Quaresma yang merupakan kawan baik Cristiano Ronaldo.

BACA LAGI: Bagaimana aksi All Star Match di Darul Aman jadi penentu masa depan Kedah?

BACA LAGI: Kedah tunai janji, kelibat bintang Portugal di Darul Aman legakan hati penyokong

Penyokong Kedah masih perlu menyokong kelab terutamanya sewaktu keadaan sukar. — Facebook/Kedah Darul Aman FC

Walaupun belum menampakkan sebarang tanda pemulihan dari segi kewangan, namun pengurusan Kedah dilihat masih belum mahu mengalah dalam menyelamatkan kelab.

Di saat ramai yang mentertawakan dan ada mengharapkan Kedah akan 'terkubur', namun usaha keras masih dilakukan untuk membuatkan Sang Kenari terus bernyawa.

Mungkin terdapat penyokong yang sudah hampa dan menjauhkan diri, namun tidak kurang juga ada penyokong masih memainkan peranan untuk membantu kelab.

Dengan situasi Kedah masih sedang bertarung untuk terus hidup, wajarlah penyokong terus mendukung inisiatif kelab. Janganlah tunggu bila kelab sudah terkubur, baru nak rindu.

"Ramai boleh gelak, boleh kata Kedah akan bungkus, tapi mereka masih hidup, masih buat aktiviti, masih nak bertahan.

"Jangan tunggu pasukan dah jatuh, baru nak rindu. Jom sokong dari sekarang, pemilik tak patut dibiarkan keseorangan, kalau betul sayangkan Kedah, tunjukkan!," kata penyokong bernama Asrul Efendi.

Penyokong jelas merupakan pemegang taruh terpenting kelab, oleh itu mereka turut berganding bahu dengan pengurusan dalam misi menyelamatkan kapal hampir tenggelam.

Semangat sokongan Kedah cukup tinggi dalam kalangan penyokongnya, inilah masa mereka tonjolkan kekuatan itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram