
MUSIM ini, penyokong bola sepak tempatan dapat melihat persembahan pemain kebangsaan, Safawi Rasid dengan lebih kerap apabila dia dipinjamkan ke Terengganu FC dari Johor Darul Ta'zim (JDT).
Persembahan Safawi musim ini menyaksikan dia bermain sebahagian besar daripada aksi Terengganu dalam Liga Super iaitu 22 perlawanan sambil menghasilkan tujuh gol dan dua bantuan gol.
Aksi Safawi bersama Terengganu jelas berjaya memikat pengurusan kelab dengan mereka berhasrat untuk menjadikannya pemain tetap musim hadapan.
BACA LAGI: The Cats bernafsu besar, Safawi Rasid-Paulo Josue dalam radar Kuching City, 'back up' Shamie Iszuan
BACA LAGI: JDT boleh panggil semua pemain pinjaman, bentuk skuad kedua meriahkan Liga Super musim depan
Terengganu (depan) berdepan halangan mengekalkan Safawi. — Facebook/Terengganu FC
Menurut pemerhati bola sepak tempatan, T. Avineshwaran, Terengganu dilaporkan berminat untuk menjadikan Safawi teraju serangan mereka musim hadapan sebagai pemain tetap.
Namun begitu, hasrat tersebut dilihat mempunyai halangan kerana kelab majikan Safawi iaitu JDT masih mahukan khidmatnya.
JDT dikatakan tidak berminat melepaskan Safawi kerana Harimau Selatan mahu terus berada dalam skuad bagi memberikan saingan kepada posisi serangan.
"Terengganu berminat untuk melanjutkan kontrak Safawi Rasid tetapi difahamkan JDT mahu mengekalkan pemain sayap merangkap perancang itu untuk memberikan saingan di barisan serangan," kata Avinesh.
Sebelum ini, Terengganu berjaya menukar status Akhyar Rashid daripada sebagai pemain pinjaman dari JDT kepada pemain tetap skuad Penyu bagi musim depan.
Namun begitu, usaha sama bagi Safawi mendapat halangan daripada JDT yang masih menganggap pemain berusia 28 tahun itu boleh memberikan impak kepada skuad Harimau Selatan.
Jika berjaya, Terengganu pastinya sudah mempunyai gandingan serangan yang mantap pada musim depan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram