
NAMA pemain pertahanan Singapura, Irfan Fandi tiba-tiba menjadi sebutan selepas dia dilaporkan akan dilepaskan oleh kelab Thailand, Port FC pada akhir musim 2024/2025.
Ia membuatkan pemain itu bebas menyertai mana-mana kelab musim depan dengan Liga Super boleh menjadi destinasinya.
Beberapa kelab dilihat sesuai untuk mendapatkan khidmat Irfan walaupun mungkin, gajinya agak 'keras'.
BACA LAGI: Terpisah 18 mata dengan JDT, misi Selangor kecilkan jurang bergantung 3 faktor
BACA LAGI: 'Sendiri tak bayar gaji tapi salahkan orang lain', TMJ pesan contohi Selangor dan Kuching City
Selangor FC
Satu destinasi yang cukup sesuai untuk Irfan mendarat di Liga Super adalah dengan bermain bersama-sama Selangor FC.
Dengan Selangor kehilangan Safuwan Baharudin sebagai pertahanan dan ketua pasukan, ini adalah masa yang tepat buat pengurusan Gergasi Merah mendapatkan Irfan yang merupakan pertahanan tengah.
Safuwan tidak lagi bersama Selangor. — Facebook/Selangor FC
Mereka boleh mengharapkan Harith Haiqal, namun ketibaan Irfan pastinya akan disambut baik dengan reputasinya sebagai pertahanan ulung Singapura.
Cuma adakah dia adalah sasaran Selangor? Kita hanya perlu tunggu dah lihat.
Sri Pahang FC
Ia mungkin agak janggal, tapi tidak salah jika jejak kasih antara bapa dan anak berlaku di Liga Super.
Umum mengetahui yang Irfan merupakan anak kepada Fandi Ahmad, oleh itu jangan tolak sebarang kemungkinan pemain itu akan beraksi buat Sri Pahang FC musim depan.
Adam Nor Azlin (kanan) cemerlang di perlawanan akhir Piala Malaysia. — Facebook/Sri Pahang FC
Irfan dilihat sebagai pasangan serasi buat Adam Nor Azlin di pertahanan tengah. Jika mereka digandingkan, mungkin Sri Pahang mempunyai pasangan pertahanan tengah yang cukup ampuh musim depan.
Namun persoalannya, adakah Sri Pahang akan terus beraksi musim depan akibat masalah kewangan menimpa mereka.
Kuching City
Satu destinasi yang juga sesuai untuk Irfan adalah menyertai Kuching City FC di Sarawak.
Selepas kelab itu stabil di bawah kepimpinan Aidil Sharin, Kuching City dilihat mampu untuk bergerak lebih maju musim depan dan mula mencabar kejuaraan.
Aidil (kiri) mempunyai projek istimewa di Kuching City. — Facebook/Kuching City
Ditambah Irfan dan Aidil berasal dari Singapura, mungkin pemain itu lebih cenderung untuk bersama Kuching City ditambah kelab itu tidak mengalami masalah gaji.
Projek di Kuching City nyata mengujakan, dan jika Irfan berminat untuk menjadi sebahagian daripadanya, kemaskan beg dan terbang terus ke Sarawak! — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram