
SEKALI lagi, Selangor FC terpaksa berpuas hati dengan menamatkan saingan Liga Super di tempat kedua di belakang Johor Darul Ta'zim (JDT).
Walaupun dipisahkan dengan satu posisi, namun jurang antara Selangor dan JDT masih jauh dengan Gergasi Merah ketinggalan 18 mata dengan Harimau Selatan.
Di mana silapnya? Apakah Selangor perlu lakukan untuk memastikan jarak mereka dengan JDT lebih dekat pada musim hadapan?
BACA LAGI: 'Setia hujung nyawa', JDT-Selangor-Sabah catat purata kehadiran penyokong tertinggi dalam Liga Super
BACA LAGI: Selangor patut bawa pulang anak jati Paya Jaras sebagai jeneral Gergasi Merah
Penyerang prolifik harus ada
Untuk memenangi perlawanan, sesebuah pasukan perlu mempunyai penyerang yang cukup tajam dalam menghidu peluang dan menyudahkannya.
Musim ini, Selangor agak hampa kerana penyerang utamanya iaitu Ronnie Fernandez tidak setajam yang diharapkan walaupun mengumpul 12 gol Liga Super.
Alvin Fortes (kanan) adalah penjaring terbanyak Selangor musim ini dengan 17 gol. — Selangor FC
Lebih menghampakan, penjaring terbanyak Selangor musim ini adalah Alvin Fortes dengan 17 gol dengan dia adalah pemain sayap dan bukannya penyerang tulen.
Oleh itu, Selangor mesti mendapatkan penyerang yang lebih berkualiti berbanding Fernandez supaya setiap peluang terhidang dapat disempurnakan.
Kentalkan pertahanan
Musim ini, Selangor mencatatkan rekod bolos yang agak baik dengan mereka cuma melepaskan 16 gol sepanjang musim di Liga Super.
Walaupun jumlah itu masih sedikit berbanding kelab-kelab lain, tetapi ia turut menyumbang kepada rekod empat seri dan empat kekalahan Selangor.
Selangor perlu dapatkan pertahanan kental bagi menggantikan Safuwan Baharudin (kanan). — Selangor FC
Oleh itu, Selangor perlu membaiki pertahanan supaya mereka dapat mengubah keputusan seri dan kalah itu menjadi menang pada musim depan.
Seperti kata pujangga bola sepak, "serangan memenangkan anda perlawanan, tapi pertahanan memenangkan anda kejuaraan."
Konsistensi
Satu perkara yang kelihatan dalam Selangor musim ini adalah konsistensi, namun pada satu-satu masa, mereka akan kehilangan rentak dan tidak beraksi baik.
Untuk mencabar kejuaraan, konsistensi amat penting terutamanya saingan liga yang merupakan saingan seperti larian maraton dan itu adalah perkara yang sedikit lemah dari perspektif Selangor.
Mencipta pasukan konsisten antara cabaran Selangor musim depan. — Selangor FC
Ia menjadi tugasan penting buat Katsuhito Kinoshi untuk memastikan Selangor kekal mencabar kejuaraan di Malaysia dan akhirnya dapat memecahkan dominasi JDT.
Selangor nyata mempunyai peningkatan dari musim ke musim, namun jurang dengan JDT terlalu besar untuk cuba ditutup. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram