
MUSIM ini menyaksikan Kuching City FC mengejutkan ramai pihak apabila persembahan baik mereka membolehkan kelab Sarawak itu meriah tempat keempat.
Pencapaian itu banyak dibantu dengan kecemerlangan di bahagian serangan diterajui oleh Jordan Mintah serta kekebalan pertahanan diketuai kapten pasukan, James Okwuosa.
Ia sudah pasti menggembirakan penyokong Kuching City terutamanya Okwousa yang menyerlah sejak menyertai mereka daripada PDRM FC.
BACA LAGI: 'Sendiri tak bayar gaji tapi salahkan orang lain', TMJ pesan contohi Selangor dan Kuching City
BACA LAGI: Bukan TFC atau Kuching City, Tommy Mawat sebaliknya dirisik kelab Lembah Klang
Okwousa (kiri) cukup ampuh sebagai pertahanan Kuching City musim ini. — Facebook/Kuching City
Persembahan menyerlah itu pastinya menarik perhatian kelab-kelab lain untuk mendapatkan pertahanan dari Nigeria itu. Namun penyokong The Cats jangan risau, Okwousa akan setia bersama mereka.
Pertahanan berusia 34 tahun itu memilih untuk terus setia bersama Kuching City kerana masih mempunyai baki kontrak selama setahun dengan kelab itu.
"Saya masih mempunyai setahun dalam kontrak saya. Jadi ya, saya akan terus berada di sini musim depan. Saya berharap akan dapat terus kekal beraksi di melebihi tempoh itu.
"Orang-orang Sarawak sangat baik dan sentiasa menyokong, saya berasa seperti di tempat sendiri," katanya.
Berjaya mencapai kedudukan keempat dalam liga merupakan satu persembahan cemerlang buat Kuching City yang pada musim sebelumnya terperangkap di kedudukan bawahan.
Dengan prestasi baik itu, Okwousa mahu membantu Kuching City mencapai tahap lebih tinggi pada musim depan. Malah, tidak keterlaluan untuk mereka mencuba mendapatkan slot ke kejohanan Asia.
"Semua yang terlibat dengan kelab ini harus berasa bangga. Harapnya, kami dapat membina sesuatu daripada ini dan marah lebih jauh pada tahun seterusnya," jelas Okwousa. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram