Cemerlang di Perancis, Man United patut panggil semula 'bintang terbuang' selesaikan krisis mesin gol tumpul


  • Podium
  • Jumaat, 02 Mei 2025

Mason Greenwood cemerlang di Perancis bersama Marseille.

MASON Greenwood terus menyerlah dan membuktikan yang diadalah penyerang berkualiti apabila menjadi nadi utama serangan bagi kelab Perancis iaitu Olympique Marseille.

Dahulunya merupakan prospek mengujakan dalam skuad Manchester United, perjalanan karier Greenwood mengalami onak duri yang diciptanya sendiri di luar padang menyebabkan kariernya bersama The Red Devils musnah.

Kini, dengan United mempunyai masalah serangan kronik, adakah masanya sudah tiba untuk Greenwood kembali?

BACA LAGI: Dibina dengan mentaliti Onana, kiper Man United dapat 'last laugh' lepas singkirkan Matic dan Lyon

BACA LAGI: Hojlund dilabel penyerang 'rosak', masa depan bersama Man United makin malap

Cemerlang di Perancis

Sejak dari awal, Greenwood sudah menunjukkan potensi besar sebagai penyerang bersama United terutamanya menerusi kualiti penyudahnya.

Kebolehan pemain itu meletakkan bola pada sasaran tepat hampir setiap masa membuatkan Greenwood seorang penyerang mempunyai kualiti tinggi dan berpotensi besar.

Greenwood masih berpeluang menenangi kasut emas Ligue 1.

Ia jelas terserlah apabila pada musim ini, dia menjaringkan 18 gol dalam saingan Ligue 1 dan itu meletakkannya di tempat kedua penjaring terbanyak liga di belakang Ousmane Dembele (21 gol).

Dengan musim masih belum berakhir, Greenwood masih berpeluang untuk memintas Dembele sekali gus mengukuhkan namanya sebagai penyerang berkualiti.

Kepulangan yang dinanti?

Ketika Greenwood sedang menikmati musim cemerlangnya bersama-sama Marseille, United pula berdepan krisis penyerang yang kronik.

Kesemua penyerang United ketika ini tidak berada pada prestasi terbaik termasuklah Rasmus Hojlund serta Joshua Zirkzee yang mengalami kecederaan.

Hojlund mengalami masalah prestasi di United.

Jadi, adakah Greenwood penyelesiannya? Kepulangan pemain itu ke Old Trafford pada waktu sekarang pastinya dianggap tepat dengan dia boleh diangkat sebagai wira.

Namun begitu, ada satu perkara yang pastinya membuatkan United teragak-agak untuk membawanya kembali.

Dilema etika atau berjaya?

Semua mengetahui punca Greenwood disisihkan oleh United akibat kesalahan luar padang iaitu keganasan domestik yang dilakukan terhadap teman wanitanya beberapa tahun lalu.

Sudah pasti, jika United mahukan dia kembali, mereka akan mengalami dilema sama ada untuk menegakkan etika atau mahu memburu kejayaan di padang.

Masihkah ada peluang kedua untuk Greenwood di United?

Dalam kehidupan masyarakat yang sukar memberikan peluang kedua, United mungkin berdepan kecaman jika mereka cuba membawa semula Greenwood walaupun dia sesuai dengan taktikal Ruben Amorim.

Tetapi, jika dia kembali dan berjaya membuktikan kualiti, mungkin penyokong dan United sendiri dapat memaafkannya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram