'Tiada lagi alasan', mesej jelas Salah buat Liverpool sebaik muncul kelab no.1 EPL


  • Podium
  • Rabu, 30 Apr 2025

Salah (tengah, depan) meraikan kejayaan memenangi EPL bersama-sama rakan sepasukannya. —X/Mohamed Salah

LIVERPOOL kembali menikmati kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas sah menjulangnya dengan berbaki empat perlawanan apabila mengalahkan Tottenham Hotspur, Ahad lalu.

Ia membolehkan The Reds meriah gelaran liga ke-20 sekali gus menjadikan mereka kelab terulung di England mengatasi Manchester United dan Arsenal dalam kutipan trofi.

Kejayaan itu menggembirakan penyokong Liverpool dan bintangnya, Mohamed Salah yang berjaya mengotakan janji untuk memberikan kejuaraan EPL musim ini.

BACA LAGI: Tersenyum bersama, Salah bagi ‘hint’ jelas TAA kekal di Liverpool?

BACA LAGI: Salah tak salah enggan tinggalkan kelab berpotensi julang trofi seperti Liverpool

Usai berjaya mendapatkan kejuaraan liga, Salah tidak berhenti di situ. Sebaliknya, pemain antarabangsa Mesir tersebut mahu Liverpool terus mencabar kejuaraan musim depan.

Salah satunya adalah mengekalkan kejuaraan liga yang dimenangi mereka musim ini.

"Ini (gelaran EPL) adalah yang kami mahu berikan kepada penyokong, lebih daripada benda lain. Ini adalah kelab yang sentiasa mencabar semuanya dan berhak untuk duduk di tempat teratas.

"Tiada lagi alasa. Semua pasukan memenangi perlawanan tapi akhirnya hanya satu saja juara. Itulah yang sejarah akan kenan dan perkara itu terpaksa untuk musim depan juga," kata Salah.

Musim ini, Salah disebut-sebut akan menjadi pemain terbaik EPL apabila persembahannya membuatkan dia mendahului senarai penjaring terbanyak dan bantuan gol terbanyak.

Salah yang menandatangani lanjutan kontrak bersama Liverpool untuk dua tahun lagi dijangka akan terus menjadi watak utama The Reds di bahagian serangan.

Selain Salah, ketua pasukan, Virgil van Dijk turut menyambung kontraknya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram