JDT boleh panggil semua pemain pinjaman, bentuk skuad kedua meriahkan Liga Super musim depan


  • Podium
  • Rabu, 30 Apr 2025

Syamer (kiri), Safawi (tengah) dan Danial (kanan) antara pemain JDT yang dipinjam keluar musim ini.

MASA depan Liga Super masih menjadi tanda tanya selepas beberapa kelab dilihat mahu menarik diri seperti Perak FC dan Sri Pahang FC.

Timbul persoalan, berapakah kelab yang beraksi di Liga Super musim depan? Adakah jumlahnya mencukupi untuk membentuk satu liga yang kompetitif atau sebaliknya?

Atau, adakah kita akan menyaksikan kembalinya pasukan kedua atau feeder team kembali mewarnai bola sepak tempatan?

BACA LAGI: 'Suka dalam duka', Feroz Baharudin gembira raih penghargaan tertinggi biarpun dihantui kecederaan lutut serius

BACA LAGI: Lepas hilang Feroz, JDT kempunan khidmat Jun-heong baki 2 aksi ACLE

Safawi (kiri) dan Akhyar (kanan) antara bintang pinjaman JDT di Terengganu. — Terengganu FC

Musim ini kita dapat saksikan, Johor Darul Ta'zim (JDT) terus menguasai bola sepak Malaysia dengan meraih gelaran treble.

Namun mereka turut menguasai kancah bola sepak tempatan dengan cara berbeza.

Hal ini kerana, musim ini, JDT mengeksport keluar beberapa pemain mereka ke kelab Liga Super yang lain seperti Terengganu FC, Kuching City FC, dan Kedah Darul Aman FC.

Melihat kepada jumlah pemain yang dipinjam keluar, ia menampakkan JDT mempunyai squad depth cukup besar. Malah, antara pemain yang dipinjam keluar JDT merupakan watak penting dalam skuad kebangsaan seperti Syamer Kutty Abba, Syafiq Ahmad, Manuel Hidalgo dan Safawi Rasid.

Dengan melihat senarai pemain tersebut, mungkin JDT boleh cuba mencipta satu lagi skuad yang dianggap pasukan kedua Harimau Selatan untuk diletakkan dalam Liga Super.

Caranya adalah JDT memanggil semula kesemua pemain yang mereka pinjam keluar dan membentuk skuad baharu dan bersaing dalam Liga Super musim depan.

Dengan skuad utama JDT sekarang sudah dipenuhi dengan bintang-bintang luar negara seperti Juan Muniz dan Bergson da Silva, mungkin skuad kedua boleh dibentuk dalam kalangan pemain tempatan bagi memeriahkan Liga Super.

Saat Selangor FC memilih untuk menghantar skuad kedua mereka ke Singapura, JDT boleh mewujudkan skuad kedua dan beraksi dalam saingan tempatan.

Adakah ia satu perkara yang boleh direalisasikan? Kita hanya perlu tunggu dan lihat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram