Selangor patut bawa pulang anak jati Paya Jaras sebagai jeneral Gergasi Merah


  • Podium
  • Isnin, 28 Apr 2025

Ibrahim Manusi dijangka jadi buruan hebat kelab Liga Super musim depan.

SAHAM buat pemain tengah Sri Pahang FC, Ibrahim Manusi dilihat terus meningkat dengan penyokong kelab lain mula meminati corak permainannya selepas perlawanan akhir Piala Malaysia.

Corak permainannya yang keras itu membuatkan dia menerima jolokan Patrick Vieira Malaysia. Walaupun ketika itu Sri Pahang kalah, namun dia tetap diingati kerana memberikan impak penting pada pertarungan di tengah padang.

Sebelum ini, penyokong Kuching City FC mula mencadangkan kepada pengurusan kelab untuk mendapatkan Ibrahim supaya gandingan tengah The Cats semakin padu musim depan.

BACA LAGI: Terpesona prospek muda Sri Pahang, The Cats jangan berlengah sambar Patrick Vieira versi Tok Gajah

BACA LAGI: 'Ini baru permulaan', Saravanan idam kejayaan lebih besar lepas robek gawang JDT

Ibrahim (kiri) cemerlang ketika perlawanan akhir Piala Malaysia.

Namun begitu, terdapat penyokong kelab lain yang berminat agar pengurusan mereka cuba menyambar Ibrahim iaitu Selangor FC.

Kualiti dimiliki oleh Ibrahim dilihat sesuai untuk digabungkan sebagai jeneral tengah Gergasi Merah bersama-sama Nooa Laine.

Itulah yang terlihat oleh penyokong dikenali sebagai MOFASAD yang mahu melihat perkara itu berlaku.

Ditambah dengan Ibrahim sendiri merupakan anak jati Paya Jaras, Selangor, wajarlah pengurusan Gergasi Merah cuba membawa pemain itu ke Petaling Jaya musim depan.

"Sri Pahang FC kalau bungkus ni, elok Selangor FC ambil Ibrahim Manusi tu. Dapat gandingkan dengan Nooa Laine. Fuhh!

"Tambahan pula, dia pun orang Paya Jaras," ujarnya.

Pada usia 23 tahun, Ibrahim masih mempunyai potensi untuk menjadi pemain tengah berkualiti seandainya digilap dengan betul.

Lebih-lebih lagi, Ibrahim dilihat boleh menjadi jeneral baharu Selangor di bahagian tengah dan boleh menggantikan Noor Al-Rawabdeh yang cedera.

Namun begitu, terpulang kepada pengurusan Selangor sama ada mereka mahu mendapatkannya atau tidak. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram