Hojlund dilabel penyerang 'rosak', masa depan bersama Man United makin malap


  • Podium
  • Isnin, 21 Apr 2025

Hojlund terus dihimpit masalah prestasi di depan gol.

MASA depan penyerang Manchester United, Rasmus Hojlund dilihat semakin malap selepas dia dianggap sebagai penyerang 'rosak' oleh legenda Newcastle United, Alan Shearer.

Hojlund nyata semakin hanyut dengan prestasi merudumnya terutamanya dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Dengan kekalahan terbaharu kepada Wolverhampton Wanderers, Hojlund terus gagal memberikan impak sebagai penyerang utama apabila United perlu meneruskan musim tanpa Joshua Zirkzee.

BACA LAGI: [VIDEO] Bukan mengejek, gaya 'siuu' penghormatan Hojlund buat Ronaldo

BACA LAGI: [VIDEO] 'Misi balas dendam terbalas', giliran CR7 siuuu di depan Hojlund

Alan Shearer.

Bagi Shearer yang merupakan bekas penyerang elit Newcastle, dia berpendapat Hojlund bukannya pemain yang bersedia untuk beraksi di EPL.

"Saya rasakan Hojlund adalah pemain yang 'rosak', saya rasa dia tidak bersedia dan tidak bersedia untuk mengetuai barisan serangan bagi kelab seperti Manchester United.

"Tiga gol liga (musim ini), dan ketika ini saya lihat dia adalah pemain yang sepertinya tidak mahu berada di sini.

"Dia mungkin beberapa saat terlalu awal atau terlalu lewat, timing dia semuanya saya. Saya tak nafikan yang dia mengalami krisi keyakinan," jelas Shearer.

Nama Hojlund disebut-sebut akan meninggalkan United dengan pengurus, Ruben Amorim sedia melepaskan pemain dari Denmark itu.

Hojlund dikaitkan dengan kepulangan semula ke Serie A di mana dia menyerlah bersama Atalanta sebelum ini. Walaupun begitu, Amorim masih mahukan dia menjaringkan gol untuk United sebelum pergi.

"Satu-satunya cara yang saya tahu adalah menunjukkan dia video. Dia perlu jaringkan gol dan dia tidak akan jaringkan gol sekiranya tidak beraksi.

"Semestinya untuk Hojlund, dia perlu menjaringkan gol kerana dia adalah penyerang namun ini adalah isu pasukan. Pasukan kami perlu menjaringkan lebih banyak gol, bukan dia saja yang sering lepaskan peluang," jelas Amorim. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram