Tok Gajah makin tempang, hadap JDT tanpa 3 bintang utama


  • Podium
  • Khamis, 24 Apr 2025

Rowley (kanan) tidak dapat diturunkan kerana kecederaan.

SKUAD Sri Pahang FC akan bertandang ke Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur untuk perlawanan akhir Piala Malaysia bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam keadaan tempang.

Hal ini kerana, selepas kehilangan dua pemain, skuad kendalian Fandi Ahmad disahkan akan turun tanpa seorang lagi tonggak di bahagian tengah.

Pemerhati sukan tempatan, Fadhirul Suhaimi melaporkan pemain tengah, David Rowley tidak akan diturunkan akibat kecederaan lutut.

BACA LAGI: Harimau Kumbang tenang-tenang, duo peledak Sri Pahang mungkin tak turun aksi akhir Liga Super

BACA LAGI: Sri Pahang boleh rencat konsistensi JDT, Rajagobal harap final Piala Malaysia cukup 'thriller'

Menurutnya, Rowley mengalami kecederaan lutut ketika Sri Pahang sedang menjalani persiapan untuk bertemu JDT. Malah sebelum ini, Fandi ada menyatakan kegusaran terhadap tahap kecergasan pemain itu.

Dengan pengesahan Rowley tidak akan beraksi, ia mengurangkan pilihan Fandi di bahagian tengah dan dia perlu mencari alternatif lain untuk digunakan ketika perlawanan akhir.

Namun begitu, Rowley dikatakan akan tetap menyertai rombongan skuad Tok Gajah untuk memberikan sokongan buat rakan-rakan sepasukan dari tepi padang.

Fandi juga dikatakan sedang menantikan keputusan mengenai tahap kecergasan seorang lagi pemain iaitu Aleksandar Cvetkovic. Jika Cvetkovic turut disahkan tidak cergas, maka pastinya semakin sukar tugas Sri Pahang untuk bertemu JDT.

Sebelum ini, Sri Pahang sudah pun kehilangan dua pemain iaitu Kpah Sherman dan juga Manuel Hidalgo.

Sherman tidak dapat diturunkan kerana digantung perlawanan sementara Hidalgo pula tidak boleh beraksi menentang kelab majikannya iaitu JDT. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram